Kredit foto: Instagram Nelissa Nizam

Siapa Nelissa Nizam? Pemilik nama penuh Nelissa Edreena Nizam ini merupakan antara pelakon yang terlibat menjayakan siri televisyen, Budak Tebing 2 yang sedang bersiaran di slot Lestary TV3.

Beliau yang memegang watak Maria dalam drama itu, turut digandingkan bersama pelakon Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Adam Lee, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Imran Aqil (Hero Remaja 2020), Firdaus Ghufran, Syafie Naswip dan ramai lagi.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Nelissa Edreena binti Nizam.

2. Menggunakan nama komersial, Nelissa Nizam.

3. Berumur 23 tahun (2021).

4. Berasal dari Kuala Lumpur.

5. Lahir pada 4 Januari 1998.

6. Anak kedua daripada empat orang adik beradik.

7. Bergiat dalam dunia seni hiburan sebagai seorang pelakon dan model.

8. Antara drama dibintanginya seperti Isteri Bukan Untuk Disewa, Senafas Rindu, Jalan Sesat Ke Syurga, Single Terlalu Lama, Budak Tebing Musim 2, Cinta Itu Fairy Tale, My Future Husband dan 7 Netizen.

9. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @nelissanizam yang sehingga kini mencatatkan lebih 150,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Ibunya merupakan seorang ibu tunggal.

2. Seorang yang optimis, ceria dan berdikari.

3. Bergelar pelakon sejak enam tahun lalu.

4. Pernah bersaing dalam program realiti, The Next Malaysian Star musim pertama pada 2020, bersama sembilan peserta lain iaitu Nurul Fatihah binti Mohd Zaini (Nurul Fatihah), Sri Juwita binti Judding (Juwita), Ayuni Nadrah binti Rizal (Ayuni Nadra), Anis Natashya binti Yazid (Anis), Syazlin Suhaizan binti Zainal (Syazlin), Lina Karmila binti Yazid (Maylina), Aznie Anneesa binti Azmi (Aznie), Noor ZeatyAlia Sazali (Zeaty) dan Nabilah Sheikh Anuar Nasruddin Aminullah Khan (Bella).

5. Pernah mencuba nasib dalam sesi ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2018 dan 2019, meskipun rezeki tidak menyebelahinya.

6. Gemar meneroka perkara-perkara baharu dalam hidup.

7. Merancang untuk mempunyai syarikat produksi sendiri suatu hari nanti.

   

Baca: 10 Fakta Pelakon Nelissa Nizam Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Pablo Amirul, Pelakon Drama Budak Tebing 2

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Budak Tebing Musim 2 (Slot Lestary TV3)

Gambar

nelissa nizam ig

budak tebing 2 555

nelissa nizam

pelakon budak tebing 2 515

budak tebing 2 cast 363

keluarga nelissa nizam

nelissa nizam drama

nelissa nizam wikipedia

nelissa nizam umur

Kredit foto: Instagram Nelissa Nizam

Video

Kredit video: Moving In Snippets ( FOR THE FIRST TIME )

Sumber:

1. Pelakon Drama Isteri Untuk Disewa & Senafas Rindu, Nelissa Nizam Cuba Nasib Di Uji Bakat Dewi Remaja 2019

2. The Next Malaysian Star




Hakcipta iluminasi.com (2017)