Oleh pada 11 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Budak Tebing merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2020 arahan Feroz Kader lakonan Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Bella Dowanna, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.

Siri ini bakal menjengah kaca TV menerusi Slot Lestary TV3 bermula 11 Mac 2020 bagi menggantikan drama Bukan Kahwin Paksa.

    

budak tebing

Kredit foto: Instagram Fariz Isqandar

    

Sinopsis

Arif (Adam Lee) kembali ke pangkuan keluarganya selepas menjalani hukuman di Henry Gurney. Dia merupakan seorang anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya, serta idola kepada adiknya, Yoyol (Fariz Isqandar).

Di zaman kanak-kanak, Arif bersama beberapa sahabat digelar ramai sebagai 'budak tebing' kerana sering melepak di tebing kampung mereka.

Begitupun satu peristiwa hitam telah mengubah segalanya. Malah, Arif juga dibenci ibunya sendiri yang malu akan perbuatan lampaunya.

Ira (Eyka Farhana) merupakan seorang gadis yang melalui kehidupan sukar kerana tidak mengenali identiti bapanya. Namun dunianya berubah selepas mengenali rakan-rakan dalam geng budak tebing yang ikhlas menerima dirinya seadanya.

Di luar pengetahuan geng budak tebing, Ira rupanya mempunyai sebuah rahsia besar membabitkan Arif, Tongki (Aedy Ashraf) dan Yoyol.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Budak Tebing Musim 2 (Slot Lestary TV3)

pelakon budak tebing

Kredit foto: Instagram Jalena Rejab

    

Pelakon

Menampilkan Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Bella Dowanna, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Zarina Zainuddin, Sabrina Ali, Amyza Aznan, Alex Afian dan Shah Faris.

    

Baca: Biodata Pelakon Adam Lee

Baca: Biodata Pelakon Aedy Ashraf

Baca: Biodata Pelakon Eyka Farhana

Baca: Biodata Pelakon Bella Dowanna

Baca: Biodata Pelakon Firdaus Ghufran

Baca: Biodata Pelakon Syazwan Zulkifly

Baca: Biodata Pelakon Zarina Zainuddin

    

sinopsis budak tebing

Kredit foto: Instagram @adamleenizers

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Feroz Kader daripada produksi Country Universal Sdn Bhd.

Feroz Kader sebelum ini dikenali sebagai sutradara drama Seadanya Aku, Vila Ghazara, Jika Masih Ada Rindu, Dendam Aurora dan Cinta Tiada Ganti.

     

Kredit video: Sakit - Zynakal ft Yonnyboii ( Official Lyric Video )

    

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Sakit

Penyanyi: Zynakal feat Yonnyboii

Komposer: Yonnyboii

Lirik: Yonnyboii & Zynakal

    

budak tebing episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Waktu Siaran

Memulakan tayangan pada 11 Mac 2020, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

    

Kredit video: Budak Tebing (2020) Episod 1

    

Sumber:

1. What's On Astro

2. Instagram Country Universal Sdn Bhd

3. Wikipedia Slot Lestary

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)