Oleh pada 22 Sep 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Budak Intern merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang membariskan pelakon Malek Mccrone, Intan Najuwa, Syafi Tee, Bella Dowanna sebagai bintang utama.

Tayangan episod 1 menemui penonton saluran TV9 pada 22 September 2021.

drama budak intern

Kredit foto: Instagram Daliena Cha

Sinopsis

Empat sekawan pelatih industri iaitu Ryan (Malek Mccrone), Izzy (Intan Najuwa), Bainun (Bella Dowanna) dan Karl Hanif (Syafi Tee) menghadapi suka duka ketika berjinak-jinak dalam industri pengiklanan.

Mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa ingin bekerja sepenuh masa selepas tamat latihan industri (internship) kelak.

Memperoleh tawaran latihan industri di sebuah agensi pengiklanan terkenal merupakan pengalaman pertama mereka melalui realiti kehidupan bekerja sekaligus membuka mata terhadap dimensi kehidupan baharu.

Bukan sahaja berusaha kuat dalam mendapatkan penilaian yang baik dari penyelia, malahan ‘Internship’ yang awalnya disangka tempat memperoleh penilaian lulus atau gagal ini rupanya turut menduga persahabatan mereka seterusnya mengubah kehidupan mereka buat selama-lamanya!

Tekanan semakin dirasai apabila hanya satu jawatan tetap akan ditawarkan kepada salah seorang, sejurus selepas tamatnya tempoh latihan industri kelak.

     

sinopsis budak intern

Kredit foto: Instagram Intan Najuwa

Pelakon / Cast

Watak utama dilakonkan oleh Malek Mccrone, Intan Najuwa, Syafi Tee dan Bella Dowanna.

Juga ditampilkan Acong Sweetchild, Zul Ariffin, Aniq Suhair (Hero Remaja 2020), Nadiyah Shahab, Nonny Nadirah, Ziana Zain, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Sham Visa, Ifa Raziah, Cristina Suzanne, Amber Chia, Arja Lee, Douglas Lim dan Badrul Muhayat.

Baca: Biodata Malek Mccrone

Baca: Biodata Intan Najuwa

Baca: Biodata Syafi Tee

Baca: Biodata Bella Dowanna Halim

Baca: Biodata Zul Ariffin

Baca: Biodata Aniq Suhair

Baca: Biodata Nadiyah Shahab

Baca: Biodata Nonny Nadirah

Baca: Biodata Sham Visa

Watak Pelakon

Malek Mccrone sebagai Ryan

Intan Najuwa sebagai Izzy

Syafi Tee sebagai Karl

Bella Dowanna sebagai Bainun Soleha

Acong Sweetchild sebagai Said

Zul Ariffin sebagai Datuk Shuk

Aniq Suhair sebagai Adrian

Nonny Nadirah sebagai Hanum

Nadiyah Shahab sebagai Fazlin

Zarul Umbrella sebagai Tuan Rosli

Ziana Zain sebagai Miss Jollie

Douglas Lim sebagai Billy

Sham Visa sebagai Datuk M

Ifa Raziah sebagai Datin Nelly

Cristina Suzanne sebagai Hanna

Amber Chia sebagai Keira Zulaikha

Arja Lee sebagai En Kassim

pelakon budak intern

Kredit foto: Instagram Intan Najuwa

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd yang mendapat sentuhan daripada pengarah Ng Ken Kin. Panel skrip terdiri daripada Amar Amir, Amin Shakib, Azril Hamzah dan Shida Zali.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: BEBEL - Farisha Iris (Official Music Video)

   

Tajuk: Bebel

Penyanyi: Farisha Iris

Komposer: Mas Dewangga & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Mas Dewangga & Firdaus Rahmat 

   

budak intern episod

Kredit foto: Instagram @kd_ija

Waktu Siaran

Mulai 22 September 2021, tonton episod penuh Budak Intern di saluran TV9 pada pukul 9.30 malam, setiap hari Rabu dan Khamis, siaran selama 16 episod.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Kecoh Bila Intan Najwa, Bella Dowanna, Syafi Tee & Malek McCrone Jadi Budak Intern • BAHARU DI TV

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Tak layan perkara bukan-bukan

3. HIGHLIGHT: Episod 1 | #BudakIntern (2021)

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)