Kredit foto: Instagram Bella Dowanna

   

Bella Dowanna merupakan antara pelakon yang bakal membintangi drama bersiri Titian Takdir, sebuah naskhah arahan Nazir Jamaluddin.

Titian Takdir yang bakal mengisi slot Lestary TV3 Januari ini, antara lain dibarisi Sweet Farhanna, Nadia Brian, Syazuwan Hassan, Raja Atiqullah, Fimie Don dan Fazren Rafi.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim. Menggunakan nama komersial, Bella Dowanna.

2. Lahir pada 18 Mei 2003.

3. Berusia 17 tahun (2020).

4. Berasal dari Ipoh, Perak. Kini menetap di Kuala Lumpur.

5. Memperoleh pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

6. Mula berkecimpung dalam bidang seni sejak berumur enam tahun.

7. Memulakan karier dengan membintangi iklan komersial produk di televisyen sewaktu usia kanak-kanak, sebelum rezekinya terbuka luas sebagai pelakon drama ketika zaman remaja.

8. Antara drama dibintanginya termasuk Cemburu Seorang Perempuan, Titian Takdir, Asalkan Dia Bahagia, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Miss Kapten Cikgu Waiz.

9. Pembabitannya di layar perak menerusi filem M4M4 yang turut ditunjangi Nabila Huda, Faizal Hussein, Nizam Zaidi, Eyra Razali dan Ungku Haris.

10. Menggunakan laman sosial Instagram atas nama @belladowanna_halim yang sehingga kini sudah mengumpul lebih 115,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Terjun ke bidang lakonan hasil usahanya menjayakan beberapa sesi ujibakat daripada pihak produksi.
  • Tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang lakonan.
  • Mengidolakan aktres Nabila Huda dan aktor Indonesia, Randy Pangalila.
  • Cita-cita asal ingin menjadi juruterbang.

    

Foto

bella dowanna

bella dowanna halim

bella dowanna profile

sinopsis titian takdir 717

drama titian takdir 737

siapa bella dowanna

bella dowanna age

bella dowanna wikipedia

Kredit foto: Instagram Bella Dowanna

    

Video

Kredit video: Bella Dowanna Halim - Nona TV3

    

Sumber:

1. Bella Dowanna jadi mangsa fitnah individu dikenalinya

2. Facebook Bella Dowanna

3. Bella Dowanna Halim - Nona TV3

4. Gandingan Mantap Nabila Huda, Faizal Hussein Dalam ‘M4M4’

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)