Kredit foto: Instagram Fariz Isqandar & Facebook Fariz Isqandar

     

Siapa Fariz Isqandar? Muhamad Fariz Isqandar Zulkifli atau nama popularnya, Fariz Isqandar merupakan seorang pelakon dan pengacara remaja Malaysia.

Beliau dikenali selepas meletup menerusi peranan watak dalam siri drama televisyen, Budak Tebing yang ditayangkan pada tahun 2020, antara lain dibarisi pelakon Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Muhamad Fariz Isqandar bin Zulkifli.
  • Menggunakan nama komersial, Fariz Isqandar.
  • Berumur 15 tahun (2020).
  • Berasal dari Selangor.
  • Lahir pada 24 Mei 2005.
  • Berkecimpung dalam bidang seni hiburan sebagai seorang pelakon dan pengacara.
  • Namanya melonjak naik selepas memainkan peranan watak Yoyol dalam drama bersiri fenomena, Budak Tebing.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @farizisqandar sehingga kini mencatatkan lebih 139,000 pengikut.
  • Turut mewujudkan akaun TikTok yang menggunakan nama akaun @farizqandar, selain saluran Youtube atas namanya sendiri.

    

Fakta Menarik

  • Mula terbabit dalam dunia lakonan sejak zaman kanak-kanak.
  • Masih bergelar pelajar yang kini mendapat pendidikan di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
  • Tidak mengambil ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) selepas dibatalkan Kementerian Pendidikan (KPM) rentetan wabak Covid-19 yang melanda negara.
  • Turut berkebolehan dalam bidang nyanyian yang diserlahkannya menerusi video lagu cover di saluran Youtube.
  • Mengidamkan kepelbagaian watak memandangkan dirinya yang cukup sinonim dengan karakter Yoyol.
  • Gayanya menjawab soalan pihak media mendapat pujian ramai kerana kedengaran matang daripada usianya yang sebenar.

   

Baca: Biodata Izz Ilham (Yoyol), Pelakon Drama Berepisod Budak Tebing Musim 3

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Budak Tebing Musim 2 (Slot Lestary TV3)

   

Foto

fariz isqandar dulu

yoyol

siapa fariz isqandar

keluarga fariz isqandar

fariz isqandar budak tebing

instagram fariz isqandar

wikipedia fariz isqandar

fariz isqandar birthday

umur fariz isqandar

gambar fariz isqandar

Kredit foto: Instagram Fariz Isqandar, Facebook Fariz Isqandar & Facebook Edd Farzana

    

Video

Kredit video: Yoyol Budak Tebing makin popular, cakap macam orang dewasa... padahal belum habis PT3

    

Sumber:

1. Fariz Isqandar enggan hanya dikenali dengan watak Yoyol 'Budak Tebing' - “Fasa baharu untuk saya”

2. Yoyol Budak Tebing makin popular, cakap macam orang dewasa... padahal belum habis PT3

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)