Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Biodata

1. Nama penuhnya, Zarina binti Zainuddin.

2. Kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia pada Disember 1970.

3. Membesar di Parit, Perak.

4. Berusia 49 tahun.

5. Anak kepada pasangan Zainuddin Ibrahim (bapa) dan Zahura Abdul Mutalib (ibu).

6. Merupakan kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an, arwah Liyana Sulaiman.

7. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak.

8. Mula berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 1989.

9. Pernah membintangi filem Sumpahan Berdarah, Sepasang Mata Maut, Lirikan Siluman Ular, Tarik-Tarik, Antara Gadis, Momok Jangan Panggil Aku, Ular, Sejoli: Misi Cantas Cinta dan Girlfriend Kontrak.

10. Di layar kaca, kemunculannya menerusi drama Senja Permai, Ana lu'lu, Bicara Hati, Teduhan Kasih, Tanah Kubur, Istikharah Cinta, Kifarah, Menongkah Kasih, Surah Buat Maisarah, Love You Mr. Arang, Isteri Tuan Ihsan, Oh My Pondok, Ku Kirim Cinta, Cinta Di Langit Cardiff, Raisha, Tak Ada Cinta Sepertimu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan 30 Pesanan Suara.

11. Juga telefilem Ya Habibi, Cik Puan Sinderella, Projek Bakar Lemak, Abang Haji, Angin Cinta, Ketika Daun Berzikir, Huru Hara Raya, Serondeng Daging Abang Sado, Projek Kuih Raya Mak Leha dan Luyak.  

12. Pernah menghasilkan album bersama arwah adiknya, Lyana Sulaiman dengan bimbingan Datuk Ramli MS.

13. Perkahwinannya dengan Dato' Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993 dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Adam Azrai, Muhammad Naim Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil). Azal dan Azil mempunyai masalah autisme. Madunya bernama Datin Sri Noorhasimah Mohd Noor

Foto

biodata zarina zainuddin pelakon drama 30 pesanan suara 2

biodata zarina zainuddin pelakon drama 30 pesanan suara 3

biodata zarina zainuddin pelakon drama 30 pesanan suara 4

biodata zarina zainuddin pelakon drama 30 pesanan suara 5

biodata zarina zainuddin pelakon drama 30 pesanan suara 6

biodata zarina zainuddin pelakon drama 30 pesanan suara 7

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)