Oleh pada 04 Aug 2021 kategori
hello jangan tapau cintaku 50

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  
'Hello, Jangan Tapau Cintaku' merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021, adaptasi novel berjudul sama dari penulis Hasreeyati Ramli, terbitan syarikat Alaf 21.
  
Bakal ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 4 Ogos 2021 bagi menggantikan siri Ayahanda.
  
hello jangan tapau cintaku drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Sinopsis

Ain Dheya (Elisya Sandha) merupakan seorang gadis yang berasal dari kampung, namun berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
  
Dia kemudiannya mendapat peluang bekerja di sebuah syarikat ternama di ibu kota.
  
Kerana datang daripada keluarga yang susah, Ain amat berjimat cermat sehingga dikenali ramai sebagai 'Minah Tapau'.
  
Namun dia tidak pernah ambil peduli cakap-cakap orang, asalkan dapat meringankan beban ibunya, Mak Jah yang berada di kampung.
  
Sementara itu, Ain mula mengenali bos di tempat kerjanya, Ash Fayyad (Nafiz Muaz), seorang anak hartawan yang pemboros, sombong dan gemar menyakitkan hati orang.
  
Apabila ibu bapa Ash hendak menunaikan haji di Mekah, Ash terpaksa mencari seorang pembantu yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda, selama sebulan.
  
Tawaran wang upahan RM50,000 tidak bernilai buat sesiapa kerana adiknya itu cukup dikenali sebagai seorang yang perengus. Orang gaji yang pernah berkhidmat dengan mereka juga semuanya sudah berhenti, termasuklah kekasih Ash yang enggan menawarkan diri berada di posisi itu.
  
Hanya Ain yang gelap mata kerana terikat dengan hutang sewa tanah yang perlu dibayar kedua orang tuanya. Jika tidak membayarnya, keluarga Ain akan dihalau dari rumah.
  
Ain menyahut cabaran tugasan yang diberikan Ash dan terpaksa berada di rumah keluarga lelaki yang tidak dikenalinya itu.
  
hello jangan tapau cintaku episod

Kredit foto: Instagram Alaf 21

  

Pelakon / Cast

Dikemudi Nafiz Muaz, Elisya Sandha dan Eyka Farhana sebagai pelakon utama.
  
Nama-nama lain yang menjayakan siri ini termasuklah Syerinie Myra, Ikhwan Khairudin, Dynas Mokhtar, Amyza Aznan, Sefik Khair, Cahaya Nilam, Lisdawati, Azri Iskandar, Badrul Muhayat, Natasha Hamzah, Mieza Edora, Raden Zaharatul dan Mak Wan.
  
  

Watak Pelakon

Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
Eyka Farhana sebagai Anne Dayana
Syerinie Myra sebagai Alia
Sefik Khair sebagai Hakim
Cahaya Nilam sebagai Masniza
Ikhwan Khairudin sebagai Riz
Lisdawati sebagai Mak Jah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren
Natasha Hamzah sebagai Kak Ida
Mieza Edora sebagai Aira
Mak Wan sebagai Mak Ros
  
hello jangan tapau cintaku sinopsis

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Merupakan naskhah daripada penulis skrip Norazwanizan Awang, garapan pengarah Idora Abdul Rahman yang diterbitkan oleh syarikat produksi Mache All Star United Sdn Bhd.
  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: HELLO - Farisha Iris (Official Music Video)

  
Tajuk: Hello
Penyanyi: Farisha Iris
Komposer: Audi Mok, Shazee Ishak, Sachie Amira
Penulis lirik: Audi Mok, Shazee Ishak, Sachie Amira
  
pelakon hello jangan tapau cintaku 547

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

hello jangan tapau cintaku novel
sinopsis hello jangan tapau cintaku

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Waktu Siaran

Bermula 4 Ogos 2021 untuk tayangan pukul 9 malam, penonton dapat mengikuti 13 episod siri slot Lestary ini pada setiap hari Rabu hingga Sabtu di saluran TV3.
  
Juga berada di platform penstriman iQiyi pada hari sama.
  

Kredit video: Kenapa datang kerja lewat ni? | Hello, Jangan Tapau Cintaku Episod 1 - 1 | iQIYI Malaysia

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)