Kredit foto: Instagram Adam Lee

Biodata

1. Nama penuhnya, Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee.

2. Menggunakan 'Ariff Adam' sebagai nama komersial sebelum dikenali sebagai Adam Lee.

3. Lahir di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Oktober 1994. Kini berusia 25 tahun (2019).

4. Berketinggian 1.83 meter.

5. Sepupu kepada aktres Janna Nick.

6. Pernah mencuba nasib di Ujibakat Program Pencarian Hero Remaja 2017, meskipun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila gagal berada dalam kalangan finalis. 

7. Bergelar pelakon sejak tahun 2014.

8. Namanya melonjak selepas memegang peranan watak dalam drama rantaian, Lara Aishah, Seharum Mawar dan Dendam Aurora.

9. Membintangi filem seram, Ia Wujud arahan Dharma Aizat pada 2014.

10. Pembabitan di kaca televisyen menerusi drama Tanah Kubur musim kesepuluh sebagai watak Jamal, siaran saluran Astro Oasis, Cinta Ilahi (watak Johan, TV3), Menongkah Kasih (watak Jo, TV9), Satu Cinta (watak Ariff, TV1), Lara Aishah (watak Daniel, Astro Prima), Sayang Papa Saya Tak (watak Adam, Astro Ria), Seharum Mawar (watak Fahim, TV1), Dendam Aurora (watak Reza, Astro Prima), Duda Pujaan Dara (watak Angah, TV3), Raisha (watak Andy, TV3), Klik! Pengantin Musim Salju (watak Hud Mikael, Astro Ria), Sejuta Rasa Buat Adelia (watak Hafidz, Astro Ria) dan terkini, Curi-Curi Cinta (watak Badrul, Astro Ria). Termasuk telefilem Dorm, Aku dan Adik dan Cinta Bae Kicap.

11. Mengidolakan pelakon senior, Bront Palarae dan Farid Kamil.

12. Pernah mendalami seni mempertahankan diri, Muay Thai.

13. Juga aktif dalam bidang kecergasan.

14. Pernah berehat selama setahun daripada dunia hiburan apabila merasakan masa depannya sebagai pelakon agak samar.

Baca: Kahwin Sweet Qismina, Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Adam Lee

Foto

biodata adam lee pelakon drama curi curi cinta 2

biodata adam lee pelakon drama curi curi cinta 3

biodata adam lee pelakon drama curi curi cinta 4

biodata adam lee pelakon drama curi curi cinta 5

biodata adam lee pelakon drama curi curi cinta 6

Kredit foto: Instagram Adam Lee

Video

Kredit video: Youtube Stail MY

Sumber: 

1. Wikipedia

2. Media Hiburan

3, Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)