Biodata

Nama penuh: Mohammed Addy Ashraf Bin Rosmadi

Nama popular: Aedy Ashraf

Tarikh lahir: 20 September 1993

Umur: 25 tahun

Kelahiran: Tumpat, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @aedyxashraf

Fakta Menarik

1. Juga dikenali sebagai Addy Ashraf.

2. Anak kepada pelakon era 80-an, Liza Zain yang masih aktif berlakon.

3. Bergiat dalam dunia lakonan sejak berumur lapan tahun. Sewaktu itu, beliau popular menerusi watak Asmawi dalam filem Tentang Bulan, Faiz menerusi siri Waktu Rehat, Muhammad dalam drama Qalesya dan Shafiq dalam siri Oh My English.

4. Drama pertama lakonannya ialah Doa Imran pada tahun 2004.

5. Terkini beliau tampil berimej matang dan dewasa, seterusnya mendapat perhatian sewaktu membintangi drama rantaian Hero Seorang Cinderella membawakan watak sebagai Darius dan Cinta Tiada Ganti sebagai Mukhriz.

6. Drama popular lain yang dibintanginya seperti Dunia Baru, Cinta Elysa, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Lara Aishah, Suamiku Paling Sweet, Dendam Aurora dan Papa Nak Menantu.

7. Manakala antara telefilem lakonannya seperti Banglo Seksyen 2, Salam Buat Kekasih, Kubur Berdarah dan Komplot.

8. Beberapa filem terkenal dibintanginya seperti Jutawan Fakir, Cinta Kolestrol, Tangkai Jering, Tentang Bulan, Blok 404 dan Gol & Gincu Vol. 2.

9. Mengakui dirinya seorang yang kurang bergaul dengan orang sekeliling sewaktu kemunculan awal dalam dunia seni sehinggalah pada tahun 2016 di mana beliau mengikat kontrak dengan label pengurusan artis, A Klasse Management yang bertanggungjawab mengaturkan sesi fotografi untuk mendekatkannya dengan pihak media.

10. Mengagumi bakat dan hasil kerja pelakon berkaliber, Bront Palare. 

11. Kini Aedy digosipkan berhubungan cinta dengan aktres Nelydia Senrose.

Foto

biodata aedy ashraf pelakon lelaki popular 2

biodata aedy ashraf pelakon lelaki popular 3

biodata aedy ashraf pelakon lelaki popular 4

biodata aedy ashraf pelakon lelaki popular 5

biodata aedy ashraf pelakon lelaki popular 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan Online

3. Kosmo

4. Instagram Aedy Ashraf




Hakcipta iluminasi.com (2017)