Kredit foto: Instagram @eykafarhana

Biodata

1. Nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi.

2. Dikenali sebagai Eyka Farhana.

3. Lahir pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor, Malaysia.

4. Berusia 24 tahun.

5. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Aktif sebagai anak seni sejak tahun 2011 dalam bidang lakonan, pengacaraan dan peragaan.

8. Bernaung di bawah syarikat pengurusan A Klasse Management milik anak tiri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dari tahun 2015 hingga 2017, sebelum beralih ke pengurusan Mind Order Talents dari 2017 sehingga kini.

9. Namanya mula meledak selepas drama Gemilang, Juvana dan Ema Emyliana.

10. Antara lain, beliau membintangi drama Bunga-Bunga Syurga, Istikharah Cinta, Ketupat Palas Mr. Handsome, Red Velvet dan Bukan Cinta Aku.

11. Termasuk telefilem Sejadah Kaabah, Pengancam Perkahwinan, Ustaz Korea Sebelah Rumah, Pengantin Lari Culik Artis dan banyak lagi.

12. Penglibatannya di layar perak menerusi filem Jengka, Polis Evo, Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan dan Juvana 3: Perhitungan Terakhir.

13. Akan datang, bakal muncul dalam filem Autumn Di Wales #CintaMestiMenang arahan Rahila Ali yang turut membariskan pelakon Jaa Suzuran, Keith Foo dan Wanna Ali.

14. Pernah terbabit dalam bidang pengacaraan menerusi rancangan berkonsepkan travelog berjudul Pada Suatu Ketika yang bersiaran di saluran TV1.

      

Fakta Menarik

  • Menyertai bidang seni sejak umur 16 tahun.
  • Dikatakan mempunyai iras wajah pelakon Fazura.
  • Meletakkan Datuk Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Fazura sebagai idola dalam lakonan.
  • Kakak sulungnya, Wan Anis Farhana merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang telahpun meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 di usia 24 tahun.

      

Foto

biodata eyka farhana pelakon drama bukan cinta aku 2

biodata eyka farhana pelakon drama bukan cinta aku 3

biodata eyka farhana pelakon drama bukan cinta aku 4

biodata eyka farhana pelakon drama bukan cinta aku 5

biodata eyka farhana pelakon drama bukan cinta aku 6

Kredit foto: Instagram @eykafarhana

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)