Oleh pada 14 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Budak Tebing 3 (BT3) merupakan lanjutan daripada drama bersiri Budak Tebing 2 yang pernah disiarkan di stesen televisyen TV3 sebelum ini.

Drama bersiri itu disambung untuk musim ketiga rentetan sambutan dan permintaan tinggi penonton pada dua musim terdahulu.

BT3 akan meneruskan kesinambungan naskhah isu remaja yang sarat dengan mesej dan pengajaran itu pada setiap hari Rabu hingga Sabtu di slot Lestary.

budak tebing 3 204

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Permulaan suatu pengakhiran.. Segala telah berakhir? Oh tidak... ianya baru bermula!

Budak Tebing 3 berkisarkan tentang Arif (Adam Lee) yang berubah sikap dan agak berbeza dari kebiasaan, selepas ditimpa musibah dalam hidupnya.

Arif sering menyibukkan diri dengan kerja sehingga hubungannya dengan Yoyol (Izz Ilham) dan Talam (Firdaus Ghufran) terjejas, maka kehadiran Kirin yang rapat dengan budak tebing yang lain tidak disenangi olehnya.

Hubungan mereka diancam dengan konflik yang menyebabkan pergolakan emosi. Adakah persahabatan mereka dapat dikekalkan?

Baca: Biodata Izz Ilham (Yoyol), Pelakon Drama Berepisod Budak Tebing 3

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Budak Tebing Musim 1

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Budak Tebing Musim 2

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hati Tanpa Rasa (Slot Samarinda TV3) Adaptasi Novel Heartless

Baca: Biodata Fariz Isqandar (Yoyol), Pelakon Drama Berepisod Budak Tebing Musim 1, 2

budak tebing 3 episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Rata-rata pelakon utama Budak Tebing masih dikekalkan pada musim ketiga ini selain memperkenalkan beberapa muka baharu. Mereka terdiri daripada Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Nabil Aqil, Izz Ilham, Nelissa Nizam, Firdaus Ghufran dan Nia Atasha Rosli.

Watak Pelakon

Aedy Ashraf sebagai Tongki

Adam Lee sebagai Arif

Eyka Farhana sebagai Ira / Munira

Nabil Aqil sebagai Kylo

Izz Ilham sebagai Yoyol

Nelissa Nizam sebagai Maria

Firdaus Ghufran sebagai Talam

Nia Atasha Rosli sebagai Husna

budak tebing pelakon

Kredit foto: Instagram Adam Lee

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Nizam Zakaria, manakala nukilan skrip oleh Shah Rizal Mashur.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Zynakal - Beli Jiwa (Official Music Video)

Tajuk: Beli Jiwa

Penyanyi: Zynakal 

Komposer: Zynakal

Penulis lirik: Zynakal

sinopsis budak tebing 3

Episod 1 Budak Tebing 3 menemui penonton pada 14 Disember 2022 bagi menggantikan siri Kampung People 3. Kredit foto: Instagram Izz Ilham

Waktu Siaran

Siri 13 episod itu memulakan tayangan perdana di slot Lestary saluran TV3 pada 14 Disember 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam.

Ia turut disiarkan melalui sebuah platform penstriman dalam talian (online), iQiyi yang mana pelanggan VIP Ekspres boleh menstrim episod baharu sejam selepas tayangan di kaca TV pada hari yang sama ia ke udara, atau menontonnya secara percuma 48 jam kemudian.

Kredit video: Trailer | Budak Tebing 3 | iQIYI Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)