Kredit foto: Instagram Pablo Amirul

Siapa Pablo Amirul? Pemilik nama penuh Amirul Hisyam Mohd Sakri ini merupakan seorang selebriti lelaki Malaysia yang terkenal dalam lapangan seni lakonan, khususnya filem bergenre aksi.

Beliau kini menarik perhatian ramai menerusi siri 13 episod, Budak Tebing Musim 2 yang diserikan pelakon-pelakon remaja seperti Aedy Ashraf (Tongki), Adam Lee (Arif), Bella Dowanna (Laura), Eyka Farhana (Ira), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam).

Juga menyaksikan kemunculan pelakon Fauzi Nawawi (Afendi), Syafie Naswip (Paan), Imran Aqil (Pijoy), Nellisa Nizam (Maria) dan Zarina Zainuddin (Sabrina).

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya Amirul Hisyam bin Mohd Sakri.

2. Dikenali umum dengan nama komersial, Pablo Amirul.

3. Berumur 36 tahun (2021).

4. Kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari 1985.

5. Berkelulusan dalam bidang perniagaan dan perhubungan interaktif daripada Universiti Sau Paulo, Brazil.

6. Bertapak dalam dunia seni lakonan sejak tahun 2012.

7. Bergiat sebagai seorang aktor, pengacara, model dan pelakon lagak ngeri (stuntman).

8. Pernah menjayakan drama bersiri Gerak Khas (Musim 14), Curi-Curi Cinta, Black (adaptasi siri Korea), The Bridge, Sabarlah Duhai Hati dan Budak Tebing Musim 2.

9. Terbabit dalam telefilem Sayang Awak Sangat-Sangat, Gocoh, Last Kopek Havoc, Ramadan Terindah Nurani, Mencari Nur Hidayah dan Bujang Beraya Bersama.

10. Menghiasi layar perak menerusi filem Abang Long Fadil, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Polis EVO, Mat Moto, Kampung Drift, KL Vampires, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Belaban Hidup: Infeksi Zombie dan banyak lagi.

11. Antara program yang dihoskannya termasuk 13 Puncak (2014) dan Hanya Di Sini 3 Hari 2 Malam (2017).

12. Pengguna akaun Instagram (IG), @pabloamirul yang sehingga kini mempunyai lebih 128,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Bapanya berasal dari Kelantan, manakala ibunya dari Kedah.

2. Fasih dalam bahasa Latin.

3. Adiknya, Kim Fukazawa atau nama lengkapnya, Nurul Hafiza Mohd Sakri juga merupakan seorang pelakon.

4. Menjadikan aktor senior, Farid Kamil, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Fezrul Khan sebagai inspirasi dalam bidang lakonan.

5. Ingin menjadi penanda aras kepada watak antagonis dalam dunia perfileman.

6. Akan berkahwin dan berkeluarga hanya selepas mempunyai tahap kewangan yang kukuh. Tumpuannya kini lebih kepada soal kerjaya.

7. Aktif sebagai pencipta konten di laman Youtube yang menjadi alternatifnya menjana pendapatan sampingan, menerusi saluran yang dinamakan Pablo Amirul Broadcasting TV (PABTV), ditubuhkan sejak 2016.

Kisah Pablo Amirul

Memulakan kerjaya dengan mengambil tawaran sebagai pelakon ekstra menerusi drama Sejadah Putih siaran saluran Astro Oasis, termasuk beberapa buah telefilem.

Beliau seterusnya menjadi pelakon 'stand in' dalam filem Gangster Celop dan beberapa bulan berikutnya, beliau terpilih menjadi pelakon di layar lebar dalam naskhah 'Anak Jantan'.

Nama 'Pablo' tercetus ketika menyambung pengajian di Sau Paulo rentetan nama asalnya yang sukar disebut orang di sana. Nama panggilan itu juga dilihat sebagai bayangan kepada peribadinya yang agak memberontak, bersemangat bebas dan berani menjalani hidup seorang diri.

Pernah mengalami kemurungan selama dua tahun setengah iaitu sejak umur 25 tahun berikutan isu kerjaya dan percintaan. Beliau pernah melakukan pelbagai pekerjaan, selain pernah menganggur dalam suatu tempoh, sehinggalah impian bergelar pelakon tercapai.

Baca: Biodata Nelissa Nizam, Pelakon Drama Budak Tebing 2

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Budak Tebing Musim 2 (Slot Lestary TV3)

   

Gambar

pablo budak tebing

pablo amirul

budak tebing 2 593

kim fukazawa

pelakon budak tebing 2 747

kisah pablo amirul 153

pablo budak tebing 2

budak tebing 281

pelakon budak tebing 518

Kredit foto: Instagram Pablo Amirul

Video

Kredit video: Datuk Rosyam Nor bongkar 'KISAH SILAM' Pablo Amirul (Part 1)

Sumber:

1. Pablo Amirul bakal hero baharu?

2. 'Saya tak letak harga'

3. Pablo Amirul bercinta dengan anggota berpakaian seragam

4. Jiwa kental Kim

5. Pablo Amirul Bangga Digelar 'Penjahat'

6. Pablo buat untung atas angin

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)