Oleh pada 27 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Buat penggemar drama adaptasi daripada naskhah novel, nantikan drama terbaru Risik Pada Hati akan datang di slot Akasia TV3.

Daripada buku karya Hanni Ramsul, siri arahan Pali Yahya ini sedang berada dalam barisan untuk tayangan bagi menggantikan drama bersiri Bisik Bisik Gelora.

Risik Pada Hati menampilkan pelakon seperti Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya dan ramai lagi, menemui penonton mulai 27 Jun 2022 di saluran TV3.

sinopsis risik pada hati

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis Drama Novel Berepisod Risik Pada Hati

Dalam setiap perkahwinan pasti mengharapkan kehadiran zuriat, namun ketiadaannya tidak menghalang kebahagiaan dalam hidup Adam (Alif Satar) dan Hayfa (Ummi Nazeera).

Atas dasar sayang dan cinta pada suami, Hafya rela berkongsi kasih dengan Aisya (Zara Zya) sebagai madunya.

Hafya meminta Adam menerima isteri kedua demi mencari ikhtiar agar dikurniakan cahaya mata.

“Kenapa uji cinta abang macam ni?” Adam

“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” - Hayfa

“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” - Aisya

Hidup berpoligami, Adam cuba berlaku adil, namun pengorbanan Hafya seperti tidak nampak hasilnya. Rumah tangga mereka goyah menanti belah.

Benarkah layanan Adam yang berubah? Atau keikhlasan Hayfa yang makin pudar? Atau mungkin Aisya yang menaruh banyak prasangka? Akibat campur tangan 'batu api' menegangkan keharmonian hubungan mereka.

Ketika perkahwinan Adam dan Hayfa tidak lagi punya hala tuju sejalan, lantas adakah mereka masih perlu bersama? Atau perpisahan menjadi penyelesaian?

Baca: 8 Fakta Drama Novel Berepisod Risik Pada Hati Yang Ramai Tak Tahu!

risik pada hati episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Sebuah produksi yang dibintangi Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya, sebagai wajah utama menghidupkan watak, termasuk barisan pembantu seperti Shiqin Kamal, Izzue Islam, Ifa Raziah, Trisha Ooi dan Shazia Rozaini.

Watak Pelakon

Alif Satar sebagai Adam

Ummi Nazeera sebagai Hayfa

Zara Zya sebagai Aisya

Shiqin Kamal sebagai Suhara

Izzue Islam Sebagai Nazim

novel risik pada hati

Kredit foto: Instagram Teratak Kasih Publication

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya terbaharu terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd ini mendapat sentuhan Pali Yahya yang memikul tanggungjawab selaku sutradara.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Hariz & Wanie - Seribu Gundah (Muzik Video)

Tajuk: Seribu Gundah

Penyanyi: Hariz & Wanie (LCK3)

Komposer: Ikhwan Fatanna

Penulis lirik: Ikhwan Fatanna & Fedtri Yahya

drama risik pada hati

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Waktu Siaran

Tonton Risik Pada Hati mulai 27 Jun 2022 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di saluran TV3.

Siri slot Akasia yang mengandungi 28 episod ini juga boleh diakses oleh penonton secara online di platform Disney+ Hotstar selaku penyaji drama-drama terpilih daripada TV3 untuk tontonan yang lebih eksklusif.

Baca: 10 Drama Adaptasi Novel Melayu Terbaru 'Best' (2021 / 2022), Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: Trailer Risik Pada Hati | Episode 1 Pada 27 Jun 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)