Oleh pada 13 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios , Instagram Astro Malaysia , Instagram Mierul Aiman , Instagram Suhan Movies

        

Deretan drama Melayu terkini yang penuh dengan emosi dan konflik terus menarik minat penonton.

         

drama 39141 910

Kredit foto: Instagram Sarimah Ibrahim

        

Ditambah pelbagai servis penstriman yang tersedia di Malaysia, membolehkan peminat drama menikmati siri kegemaran mereka pada bila-bila masa.

        

drama melayu best 93154

Kredit foto: Instagram Meerqeen

        

Dalam senarai ini kami tampilkan 10 drama Melayu menarik daripada Astro yang disusun sebagai siri televisyen sepanjang tahun 2024.

        

Dan Mimpi Pun Berguguran

drama melayu terkini 32145

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Drama ini mengisahkan tentang Icha atau Marissa Adeline, seorang gadis yang dahagakan kasih sayang, dibesarkan dalam keluarga mewah tetapi porak peranda, akibat perceraian ibu bapanya. Kehadiran abang saudaranya, Saiful Badar, membawa kedamaian dan mengubah hidupnya, namun kebahagiaan mereka diuji apabila Saiful disahkan menghidap kanser otak. Kesihatan Icha pula semakin merosot disebabkan peristiwa silam.

       

Tarikh Tayangan: 15 Julai 2024

Slot Tayangan: Slot Tiara (Astro Ria)

Platform Online: Astro Go, Sooka

           

Dedaun Hijau Di Angin Lalu

drama malaysia 44965    

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

         

Intan Samad, seorang gadis malang, terpaksa menikahi Assad Effendi, seorang doktor muda, akibat satu salah faham. Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, Assad masih meragui keikhlasan Intan dan menganggapnya tidak lebih daripada seorang pembantu rumah. Intan yang naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri, namun hatinya mula memberontak apabila kesabarannya diuji hingga ke titik akhir.

      

Tarikh Tayangan: 1 Julai 2024

Slot Tayangan: Slot Megadrama (Astro Ria)

Platform Online: Astro Go, Sooka

       

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu

        

Cinta Untuk Sekali Lagi

drama online 33364

Kredit foto: Instagram Hadith Omar

        

Selepas lima tahun perceraian, Anne terjerat dalam krisis perundangan akibat tuduhan oleh bapa salah seorang pelajarnya. Abangnya, Fazlee meminta Alan, bekas suami Anne, untuk menjadi peguamnya, membuka peluang bagi Alan untuk kembali mendekati Anne. Bertekad untuk tidak melepaskan peluang kedua ini, Alan berusaha keras membuktikan cintanya yang masih utuh.

       

Tarikh Tayangan: 27 Mei 2024

Slot Tayangan: Slot Megadrama (Astro Ria)

Platform Online: Astro Go, Sooka

        

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Untuk Sekali Lagi

        

Kiblat Ke Syurga

drama melayu terbaik 84154

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Diberikan hidayah, Nina menjejak langkah ke arah kebaikan dengan mengikuti kelas agama Ustaz Hadi, yang berbeza dunianya dengan suaminya, Fakhri. Dalam perjalanan ini, perasaan cinta terpendam Nina terhadap Ustaz Hadi berkembang. Akan tetapi, segalanya terungkai apabila Nina mengetahui Ustaz Hadi sendiri mempunyai isteri bernama Khadijah, seorang doktor pakar.

        

Tarikh Tayangan: 5 Jun 2024

Slot Tayangan: Slot DramaVaganza (Astro Ria)

Platform Online: Astro Go, Sooka

        

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Kiblat Ke Syurga

       

Bunga Salju

drama melayu online 61445

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

        

Qaisara, terbelenggu dalam perkahwinan bersama Azizi, seorang lelaki autisme daripada keluarga berada, demi memenuhi kehendak ibunya dan Farouk, teman lelakinya yang mengejar kekayaan. Namun, apa yang bermula sebagai perkahwinan terpaksa, berubah menjadi ujian yang lebih besar apabila Azizi menolak untuk menceraikan Qaisara.

        

Tarikh Tayangan: 20 Mei 2024

Slot Tayangan: Slot Tiara (Astro Ria)

Platform Online: Astro Go, Sooka

        

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju

        

Bercakap Dengan Jun

drama melayu 2024 44525

Kredit foto: Instagram Dini Schatzmann

        

Jun, seorang penyeluk saku yang hidup tanpa arah, terpaksa menjaga seorang anak luar nikah yang ditinggalkan ibunya di jalanan. Kehidupannya yang kelam berubah menjadi penuh tanggungjawab dan harapan saat dia berusaha membesarkan bayi itu. Dalam tanggungjawab menjaga anak kecil itu, Jun menemui makna dan tujuan sebenar kehidupan.

        

Tarikh Tayangan: 1 Mei 2024

Slot Tayangan: Slot DramaVaganza (Astro Ria)

Platform Online: Astro Go, Sooka

        

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun

        

Hero Seorang Cinderella Musim 2

website drama melayu pelakon novel netflix

Kredit foto: Instagram Fazura Pictures

        

Tengku Ian dan Nura Medina, setelah lima tahun berkahwin, dikurniakan seorang anak yang comel dan cerdas bernama Aysha. Namun, dalam usaha mengimbangi kerjaya dan hubungan, kesibukan terus merenggangkan ikatan cinta mereka. Saat ujian demi ujian menghantui hingga mengancam nyawa, mereka terpaksa bersatu semula untuk menghadapi krisis yang menggugat keluarga mereka.

        

Tarikh Tayangan: 17 Mac 2024

Slot Tayangan: Slot Ahad

Platform Online: Astro Go, Sooka

         

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2

       

Dr Pontianak

telegram drama melayu tonton

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Ketika baru menapak dalam dunia perubatan, Vivy yang takutkan darah sering mengelak daripada merawat pesakit, menyebabkan prestasinya merudum. Suatu hari, dia terjaga dengan kecederaan misteri dan paku di belakang lehernya, yang membuatkan dia mula mengidam darah. Dalam kekeliruan dan ketakutan, Vivy mendapati dirinya dihantui oleh entiti wanita bernama Edna, hantu yang mendiami hospital tempat dia bekerja.

        

Tarikh Tayangan: 3 Mei 2024

Slot Tayangan: Astro Warna

Platform Online: Astro Go, Sooka

         

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak

        

Akan Datang...

        

Dari Mata Turun Ke Hati

list drama melayu viu

Kredit foto: Instagram Mierul Aiman

        

Kisah seorang gadis dengan masalah penglihatan yang tetap memancarkan keceriaan walaupun sentiasa bergantung pada tongkat putihnya. Pertemuan takdir dengan seorang remaja lelaki nakal dan kasar pada awalnya menimbulkan kebencian dalam hatinya. Namun, melalui perkenalan mereka yang penuh konflik, mereka berdua akhirnya menyedari bahawa hati mereka saling tertarik, mengikat mereka dalam sebuah ikatan percintaan.

       

Tarikh Tayangan: Akan Datang

Slot Tayangan: Slot Megadrama (Astro Ria)

Platform Online: Astro Go, Sooka

        

Ternyata Sebuah Bahagia

drama melayu astro 11574

Kredit foto: Instagram Suhan Movies

       

Sebuah drama yang penuh konflik, menyaksikan keluarga ini mendepani cabaran yang menguji hubungan mereka, sementara berusaha mencari kebahagiaan sejati. Dalam perjalanan mereka, mereka menghadapi liku-liku hidup yang menguji ketabahan dan kepercayaan mereka antara satu sama lain, sekaligus mencari erti sebenar akan kebahagiaan yang mereka idamkan.

         

Tarikh Tayangan: Akan Datang

Slot Tayangan: Slot Tiara (Astro Ria)

Platform Online: Astro Go, Sooka

        

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 'Best', Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Info, Sinopsis, Pelakon Drama Berepisod Bawah Payung Awan (Viu Malaysia) Musim 1 & 2

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pengantin Pasti Jadi (Slot Lestary TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat (iQIYI Malaysia) Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies

       

       

*Jadual tayangan slot popular

Slot Megadrama Astro Ria - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

Slot Tiara Astro Ria - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang

Slot Drama Vaganza Astro Ria - setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)