Oleh pada 21 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

'Melastik Ke Hatimu' merupakan sebuah drama berepisod Malaysia 2021 karya Aqma Dee tayangan slot Lestary TV3.

Ke udara mulai 21 Januari 2021, siri adaptasi novel bertajuk sama karya Aqma Dee arahan sutradara Azmi Hatta ini membariskan pelakon Andi Bernadee, Janna Nick, Ezzrin Loy, Azrel Ismail dan Puteri Sarah Liyana.

    

melastik ke hatimu

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Haura (Janna Nick), seorang gadis kilang yang lagaknya umpama 'gangster', namun hakikatnya hidupnya dikawal oleh ibunya yang mengidamkan menantu kaya.

Meskipun Naim menjadi pilihan hati, namun hubungan mereka ditentang hanya kerana status Naim sebagai seorang posmen.

Sudahnya Haura dikahwinkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee), tauke kilang tempat dia dan kakaknya, Faida (Puteri Sarah Liyana) bekerja.

Ziyyad memang mempunyai hati terhadap Haura, namun Haura yang masih cintakan Naim, sentiasa mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya.

Akhirnya hati Haura 'cair' jua selepas melihat kebaikan Ziyyad.

Cinta mereka berputik, disulam bahagia yang menyusul.

Namun ianya tidak bertahan lama apabila keluarga Ziyyad diisytiharkan muflis.

Sudah jatuh ditimpa tangga, satu rahsia yang selama ini diselindungkan daripada pengetahuan, akhirnya terbongkar.

Situasi itu menyebabkan emak Haura menggesa Ziyyad supaya melepaskan Haura.

          

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Melastik Ke Hatimu Musim 2 (Slot Lestary TV3)

         

melastik ke hatimu drama

Kredit foto: Instagram Andi Bernadee

   

Pelakon

Gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick.

Juga dijayakan Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Afifah Nasir, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail, Wani Kayrie, Norman Hakim, Noniswara, Cassia Iman, Dato Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan dan Ridzuan Hashim.

    

Baca: Biodata Andi Bernadee

Baca: Biodata Janna Nick

Baca: Biodata Azrel Ismail

Baca: Biodata Ezzrin Loy

Baca: Biodata Afifah Nasir

Baca: Biodata Puteri Sarah Liyana

Baca: Biodata Idzham Ismail

Baca: Biodata Wani Kayrie

    

melastik ke hatimu episod

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya hasil sentuhan pengarah Azmi Hatta daripada produksi OrangeTree Production Sdn Bhd.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Usop - Pencinta Setiamu [Official Music Video]

      

Tajuk: Pencinta Setiamu

Penyanyi: Usop

Komposer: Argo, Sharul Kamal & Daus SRK

Penulis lirik: Aepul Roza

    

novel melastik ke hatimu

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Bermula 21 Januari 2021, tayangan slot Lestary TV3 selama 13 episod, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

     

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 Melastik Ke Hatimu (2021)

   

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Melastik Ke Hatimu

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)