Oleh pada 13 Apr 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama rantaian televisyen Malaysia 2022, Do You Love Me, Captain? bermula 13 April 2022 menerusi slot Lestary di TV3, menggantikan siri Kerana Dia Suka.

Diterbitkan Creative Skill Solution, adaptasi novel karya Sophilea itu dibintangi Ali Reza Kavoossi, Sharifah Rose, Syainie Aida Shuhaimi, Hazeeq Dean (Hero Remaja), Faye Kusairi dan ramai lagi.

drama do you love me captain 641

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Demi menyelamatkan diri daripada rancangan jahat makciknya, Daneena (Sharifah Rose) melarikan diri dan menceroboh masuk ke sebuah vila mewah tepi pantai yang terletak di atas bukit, milik Darish (Ali Reza Kavoossi), seorang kapten TUDM.

Daneena yang takut-takut, merayu pada Darish agar membenarkannya menetap di situ sebagai tempat berteduh sehari dua. Dia berjanji akan melangkah pergi kemudian.

Sedang identiti Daneena terus menjadi tanda tanya, Darish harus berdepan kunjungan keluarga dan bakal isterinya, lalu memperkenalkan Daneena sebagai pembantu rumah.

Sejak hari itu, Daneenalah yang menguruskan makan minum dia, berjaga tatkala dia sakit demam. Wanita itu mampu membuatkan dia tersenyum dan ketawa, sehingga satu hari sewaktu dia pulang ke rumah percutiannya itu, saat hatinya dicuri gadis itu, Daneena sudah tiada. Cuma satu nota yang ditinggalkan, berbunyi…

"Do you love me, Captain?"

Daneena adalah wanita misteri dalam hidup Darish.

Demi menjaga maruah dan melindungi identitinya daripada pengetahuan ramai, mereka berkahwin agar Daneena dapat meneruskan hidup sebagai orang gaji di vila itu.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod 7 Hari Mencintaiku 3 (Slot Akasia TV3)

novel do you love me captain

Kredit foto: Instagram Do U Love Me Captain Official

Pelakon / Cast

Ali Reza Kavoossi (Ali Rezark) dan Sharifah Rose merupakan bintang utama, di samping pelakon pembantu yang diterajui gandingan pelakon popular tanah air iaitu Syainie Aida Shuhaimi, Hazeeq Dean (Hero Remaja), Azim Yusof (Hero Remaja), Faye Kusairi, Datin Seri Noniswara, Kartina Aziz, Izzendra, Tisya, Asyraf Nasir, Yasmin Khalid, Daniel Fong, Ayuni Hashim dan Zuhairi Ibrahim.

Baca: Biodata Ali Reza Kavoossi

Baca: Biodata Sharifah Rose

Baca: Biodata Syainie Aida Shuhaimi

Baca: Biodata Hazeeq Dean (Hero Remaja)

Baca: Biodata Azim Yusof (Hero Remaja)

Baca: Biodata Faye Kusairi

pelakon do you love me captain

Kredit foto: Instagram Creative Skill Solution

Watak Pelakon

Ali Reza Kavoossi sebagai Captain Darish Dzaqrie

Sharifah Rose sebagai Captain Daneena Durra

Syainie Aida Shuhaimi sebagai Zara

Faye Kusairi sebagai Harlina

Hazeeq Dean sebagai Hakim

Azim Yusof sebagai Idlan

Noniswara sebagai Dr Anis

Yasmin Khalid sebagai Amilia

Daniel Fong sebagai Adam

Kartina Aziz sebagai Tok Mama

Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul

sinopsis do you love me captain

Kredit foto: Instagram Disney Plus Hotstar Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama terbitan Creative Skill Solution ini mendapat sentuhan skrip Shuhadatul Ain Zakaria, hasil arahan sutradara Adam Hamid.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Do You Love Me, Captain?

Penyanyi: Firdaus Rahmat

Komposer: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, Omar K

Penulis lirik: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, Omar K

do you love me captain episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Bakal membuka tirai pada 13 April 2022 untuk tayangan 25 episod pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di slot Lestary, saluran TV3, selain tersedia di platform 'OTT' popular, Disney+ Hotstar Malaysia untuk tontonan secara online.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Di Sebalik Tabir Do You Love Me Captain? Episod 1 Pada 13 April 2022

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia

3. Novel Do You Love Me, Captain?




Hakcipta iluminasi.com (2017)