Oleh pada 04 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Sayang Tak Dikenang adalah sebuah drama berepisod Malaysia 2022 arahan Feroz Kader, adaptasi novel karya Wazrul Shah dengan nama yang sama.

  

Siri siaran saluran TV3 menerusi slot Akasia ini ke udara mulai 4 Mac 2022 bagi menggantikan drama 3 Nota Cinta.

  

sinopsis sayang tak dikenang

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Sinopsis

Hubungan dua orang sepupu yang rapat, bergolak apabila ditakdirkan mencintai lelaki yang sama.

  

Segalanya bermula apabila Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny) bertemu Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) di sebuah pesta buku di PWTC.

  

Jejaka itu tampil dengan nama yang berbeza. Dia memperkenalkan diri sebagai Raqib kepada Ayu, manakala kepada Hattin pula sebagai Tafzani.

  

Ayu sewaktu itu menjadi mangsa serangan Camelia (Syafnida Shuhaimi), bekas kekasih Raqib yang menganggap dia sebagai perampas.

  

Maka Ayu terpaksa membawa watak sebagai 'tunang sementara' kepada Raqib.

  

Manakala Hattin pula mabuk cinta dengan Tafzani selepas bertahun-tahun lama hatinya tidak dihuni lelaki kerana peristiwa hitam lampau.

  

Ayu terbuka menerima Raqib kerana sikapnya yang pandai melayan keluarganya, apatah lagi ayat-ayat yang dilontarkan dari mulutnya membuatkan Ayu terbuai-buai, meskipun hubungan mereka dibangkang Hattin angkara latar belakang 'playboy' Raqib.

  

Sewaktu menjaga ibunya yang tenat, Ayu menjadi serba salah apabila ibunya mahu dia menyambut lamaran daripada Raqib.

  

Menambah konflik, kehadiran Erick (Andy Teh) yang juga menagih kasih Ayu.

  

Tanpa disedari, Raqib seakan merancang sebuah agenda untuk memutuskan tali persahabatan antara Ayu dan Hattin.

  

Baca: 12 Drama Melayu Terbaru & Terbaik 2021 / 2022, Wajib Tonton!

  

sayang tak dikenang drama

Kredit foto: Instagram Ruhainies

  

Pelakon / Cast

Siri ini ditunjangi Fadlan Hazim, Ruhainies dan Ezzanie Jasny.

  

Lagi pelakon yang terlibat ialah Syafnida Shuhaimi, Sera Melissa, Riz Amin, Meor Mohd, Kak Girl, Andy Teh, Jasmine Ashraff dan Mimie Amirah yang berperanan dalam watak sokongan.

  

Baca: Biodata Fadlan Hazim

Baca: Biodata Ruhainies

Baca: Biodata Ezzanie Jasny

Baca: Biodata Syafnida Shuhaimi

Baca: Biodata Riz Amin

  

pelakon sayang tak dikenang 549

Kredit foto: Instagram Fadlan Hazim

  

Watak Pelakon

Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani

Ruhainies sebagai Ayu Izhani

Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella

Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia

Sera Melissa sebagai Amalin

Riz Amin sebagai Omar

Meor Mohd sebagai Aakif

Kak Girl sebagai Roslaini

Andy Teh sebagai Erick

Mimie Amirah sebagai Nazneen

Jasmine Ashraff sebagai Asmidar

  

sayang tak dikenang episod 12

Kredit foto: Instagram Syafnida Shuhaimi

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya berdasarkan skrip garapan penulis Shida Zali, Amin Shakib dan Siti Solehah Abdul Ghani ini diarahkan oleh Feroz Kader, terbitan FJ Pictures Sdn Bhd.

  

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Kisah Hati Lara

Penyanyi: Naqiu Boboy

Komposer: Johan John

Penulis lirik: Khaleel, Wit Mohsen

   

novel sayang tak dikenang

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Waktu Siaran

Tonton siri sebanyak 28 episod di slot Akasia TV3 ini pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 7 malam. Episod 1 ke udara pada 4 Mac 2022.

  

Juga boleh didapati secara online menerusi platform penstriman, Disney+ Hotstar.

  

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

  

Kredit video: [PROMO] Sayang Tak Dikenang - Bermula 4 Mac 2022!

  

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)