Oleh pada 11 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Dibintangi oleh pelakon berpengalaman Amar Baharin dan bintang Isyariana Che Azmi, drama baharu adaptasi novel 'Biarkan Ia Pergi' karya Liza Nur akan ditayangkan secara eksklusif di slot Samarinda TV3 menggantikan siri Tarik Aku Ke Syurga yang ditutup tirainya semalam.

sinopsis biarkan ia pergi

Kredit foto: Instagram Amar Baharin

Sinopsis Drama Novel Berepisod Biarkan Ia Pergi

Selepas dinodai oleh lelaki yang tidak dikenali, kehidupan Alissa (Isyariana Che Azmi) hilang tujuan dan hala tuju.

Bagai jatuh ditimpa tangga, dia ditinggalkan kekasihnya, Izani (Zaki Azeman) dan bukan sahaja dalam percintaan, tetapi juga dalam persahabatan apabila dikhianati oleh rakan yang dianggap seperti saudaranya sendiri, Fara Zaliqa (Asha Merican).

Anak perantau ini pulang ke kampung halaman untuk membina kehidupan baru bersama keluarga tercinta, namun dalam mengharungi rintangan hidup itu bukanlah mudah.

Berang dan terhina selepas Alissa disahkan mengandung anak yang tidak dikenali bapanya, Alissa telah dihalau keluar dari rumah oleh kedua ibu bapanya.

Dari seorang gadis yang lemah lembut dan penyayang, pelbagai kisah suka duka yang ditanggung menjadikan Alissa seorang wanita yang tabah memperjuangkan nasib anaknya, Ameen Zaquan (Mior Darwish).

Ada pelangi selepas hujan, ada kekuatan selepas diuji... Zaquan Zachery (Amar Baharin), lelaki yang pernah berbuat salah terhadapnya selama ini mencarinya semula, agar dia ada peluang lagi untuk memperbaiki diri dan menebus atas segala kesilapan yang dia lakukan, dan menerima Allisa sebagai suri hidup dan ibu kepada anaknya.

Tanpa mengenali orang yang pernah membuat onar terhadapnya dalam sejarah hitam lalu, Alissa menyambut kehidupan dengan penuh semangat dan harapan baru apabila insan bernama Zaquan muncul.

     

biarkan ia pergi episod

Kredit foto: Instagram Idzham Ismail

   

Pelakon / Cast

Menerajui Biarkan Ia Pergi ialah gandingan bintang Amar Baharin melakonkan Zaquan Zachery dan Isyariana Che Azmi memainkan watak Alissa. Pelakon lain termasuklah Asha Merican, Zaki Azeman, Mior Darwish, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Myra Natasya, Ana Dahlia, Lia Natalia, Sabhi Saddi, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari dan Zulkifli Ismail.

   

Watak Pelakon

Isyariana Che Azmi sebagai Alissa

Amar Baharin sebagai Zaquan Zachery

Mior Darwish sebagai Ameen Zaquan

Asha Merican sebagai Fara Zaliqa

Zaki Azeman sebagai Izani

Hariz Hamdan sebagai Badry

Idzham Ismail sebagai Haris

Lia Natalia sebagai Daniela

Sabhi Saddi sebagai Aqasya

   

pelakon biarkan ia pergi

Kredit foto: Instagram Zulkifli Ismail

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Biarkan Ia Pergi arahan Fairuz Loy, ditulis Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Nur, dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Akulah Lelakimu

Penyanyi: Asfan Shah

Komposer: Asfan Shah

Penulis lirik: Asfan Shah, Ahmad Fedtri Yahya

novel biarkan ia pergi

Kredit foto: Instagram Alaf 21

Waktu Siaran

Biarkan Ia Pergi, siri baharu 20 episod slot Samarinda, akan disiarkan di saluran TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam mulai 11 Ogos 2022. Anda juga boleh melawati perkhidmatan Disney+ Hotstar untuk menonton rancangan ini melalui penstriman online.

Kredit video: Nantikan Drama Biarkan Ia Pergi Episod 1 Pada 11 Ogos Di TV3




Hakcipta iluminasi.com (2017)