Oleh pada 16 Feb 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak , Instagram Adam Lee

Drama melayu pastinya tidak lagi asing di kalangan penonton kaca TV. Kali ini, kami ingin membawakan 10 drama Melayu menarik di Malaysia pada tahun 2023 yang menjadi tumpuan utama penonton.

   

Bahkan beberapa daripadanya telah mencipta fenomena tersendiri.

drama melayu 2023 532

Kredit foto: Instagram @radiusone_official

    

Jangan risau jika anda terlepas menonton beberapa daripada drama yang telah ditayangkan, kerana ia masih boleh didapati di perkhidmatan penstriman video. Jom semak senarainya tanpa menunggu lama lagi!

Senarai 10 Drama Melayu Terbaru 2023 "Mesti Tonton", Berserta Sinopsis

Akira Khan

drama melayu 242

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Perbezaan keturunan dan bangsa menjadi penghalang hubungan antara Akira Khan dan Radin hingga mereka terpaksa berkahwin secara rahsia. Namun apabila Radin mengalami kemalangan dan hilang ingatannya semasa Akira berada di Pakistan, mereka perlu menghadapi kesukaran hidup bersendirian.

Beberapa tahun kemudian, ketika bertemu semula, Akira dengan sedih menyedari bahawa Radin tidak lagi mengenali dirinya. Dalam usaha untuk mendapatkan kembali suaminya, Akira terpaksa mengharungi ujian demi ujian, tetapi pada akhirnya, hanya takdir yang dapat menyatukan semula cinta mereka.

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akira Khan (Slot Megadrama Astro Ria)

Derhaka Sebuah Cinta

drama online 921

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Akibat pengkhianatan suaminya Azmir yang memilih untuk hidup bersama isteri barunya, Kyra, Dahlia terjerat dalam kesedihan dan kesakitan yang mendalam. Melihat anaknya yang baru lahir diambil sebagai pengganti arwah anak Kyra hanya menambahkan luka pada hatinya.

Dalam usaha untuk membalas dendam dan mengambil kembali nasibnya, Dahlia bertekad untuk menghancurkan kebahagiaan Azmir.

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Derhaka Sebuah Cinta (Astro Ria)

Bukan Syurga Pilihan

drama sangat 153

Kredit foto: Instagram @uiaawesome

Setelah menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan diceraikan, Tihani Zahira memutuskan untuk memulakan hidup baru dengan mengahwini Megat Ariff, seorang usahawan muda. Namun perkahwinan mereka harus dirahsiakan daripada pengetahuan ibu Megat Ariff, Toh Puan Ulya.

Apabila Toh Puan Ulya mengetahui tentang perkahwinan tersebut, dia bercadang untuk memisahkan mereka, hingga Megat Ariff mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh bekas suami Tihani. Megat Ariff menghalau Tihani dari rumah mereka, yang ketika itu sedang hamil anak pertama.

Namun apabila kebenaran terbongkar, Megat Ariff sangat menyesal dan ingin memulihkan hubungan mereka, begitupun untuk memujuk semula hati Tihani tidak semudah itu.

 

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Syurga Pilihan (Slot Tiara Astro Prima)

Cina Buta

drama melayu best 62

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sharnaz dan Mia Sara, pasangan suami isteri yang saling menyayangi, kerap kali bergaduh dan berpisah, sehingga sukar untuk bersatu semula selepas tiga kali bercerai. Namun, suatu hari Sharnaz mengupah seorang 'Cina Buta' untuk membantunya mendapatkan semula Mia Sara, tanpa pengetahuan isterinya.

Aliff, 'Cina Buta' yang diupah oleh Sharnaz, telah betul-betul jatuh cinta kepada Mia Sara ketika menikahinya.

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cina Buta (Slot Megadrama Astro Ria)

Nikah, Cerai, Rujuk

tonton drama melayu 146

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Menceritakan kisah dugaan dalam tiga perkahwinan.

Sumaiyyah, di mata rakan-rakannya, adalah seorang ibu dan isteri yang sempurna, tetapi hakikatnya berhadapan dengan kisah kecurangan suaminya yang jelas kelihatan sehingga membuatnya lali. Sementara itu, Hanna Zulaikha memiliki seorang ibu mertua yang mengongkong hidup anaknya, Adam Hafiz, dan keluarga Adam membenci Hanna.

Kedua-dua wanita ini bertemu dengan Dr. Alia, seorang kaunselor yang dianggap sebagai contoh yang baik dalam perkahwinan, tetapi hakikatnya Dr. Alia sendiri menghadapi masalah apabila dia tahu suaminya telah berpoligami tanpa pengetahuannya selepas 20 tahun berkahwin, namun terus berpura-pura bahawa segala-galanya baik-baik sahaja.

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nikah, Cerai, Rujuk (Astro Ria)
  

Nenek Bongkok Tiga

drama melayu online 129

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

Lapan individu terperangkap dalam sebuah rumah agam di tengah Hutan Bukit Luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang. Mereka tergamam apabila menyedari bahawa mereka berada dalam satu dimensi asing yang didiami oleh seorang nenek bongkok tua yang hidup di sana.

Mereka terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan cabaran yang diciptakan oleh nenek bongkok itu jika ingin keluar daripada dimensi tersebut dan kembali ke dunia sebenar.

Platform online: Viu

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nenek Bongkok Tiga (Viu Malaysia)

    

Isteri Halal

drama melayu terbaru 669

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Apabila Adellia sibuk menjaga ayahnya yang sedang uzur, suaminya, Zayn terlibat dalam hubungan sulit dengan sahabat baiknya, Eyra. Selepas Adellia mengetahui tentang pengkhianatan tersebut, dia berjuang untuk memulihkan hidupnya yang hancur, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan, termasuk perasaan marah dan dendam yang masih tersimpan di hati. Dalam pada itu, Zayn berusaha membetulkan kesilapannya dan menjernihkan hubungan mereka.

Platform online: Astro Go

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Isteri Halal (Slot Tiara Astro Ria)

   

Andai Itu Takdirnya

senarai drama melayu 128

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Aleya, seorang gadis cantik dari keluarga sederhana jatuh cinta kepada Syed Adam Aizril, rakan sekuliahnya di sebuah universiti di United Kingdom. Namun, Syed Adam Aizril adalah anak kepada seorang tokoh korporat yang ternama dan dikenali sebagai lelaki tampan yang digilai ramai gadis.

Kebahagiaan yang dirasakan seolah-olah hak mereka dirampas oleh orang ketiga, akibat rasa cemburu, amarah dan dendam yang muncul dalam diri Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril.

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Andai Itu Takdirnya (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: 10 Fakta Drama Novel Berepisod Andai Itu Takdirnya Yang Ramai Tak Tahu!

Cik Misi 123

drama tv3 221

Kredit foto: Instagram Adam Lee

Siri ini menumpukan kepada kisah hidup sekelompok pekerja di hospital, menceritakan perjuangan mereka dalam menghadapi cabaran dan hari-hari dalam profesion mereka. Keterangan sinopsis lanjut akan dikemaskini kelak.

Platform online: Astro Go

    

Chinta Wrong Direction

drama melayu terbaik

Kredit foto: Instagram Hun Haqeem

Raja Akid seorang lelaki yang trauma dengan masa lalu ibunya yang curang, manakala Chinta seorang gadis yang membesar di bawah kekerasan seorang bapa. 

Akid menjadi bos Chinta di syarikat tempatnya bekerja. Kehadiran Chinta dalam hidup lelaki ini membawa cabaran baru yang rumit. Di mata Chinta, dia menyaksikan seorang lelaki yang menderita dengan luka emosi yang mendalam.

Takdir telah menyatukan Akid dan Chinta melalui ikatan perkahwinan. Dengan latar belakang hidup yang berbeza, mereka berusaha untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing.

  

Platform online: Astro Go  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Chinta Wrong Direction (Slot Megadrama Astro Ria)

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)