Oleh pada 13 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Kau Cipta Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 yang menggandingkan Nazim Othman dan Uyaina Arshad sebagai teraju utama.

Arahan Nazir Jamaludin daripada adaptasi novel bertajuk sama karya Azilah Wahab ini bakal memulakan tayangan di slot Samarinda TV3 pada 13 Januari 2022, bagi menggantikan siri Saat Kau Takluk Cinta Ini.

sinopsis kau cipta kasih

Kredit foto: Instagram Alaf 21

Sinopsis

Istilah keluarga seperti tidak bermakna apa-apa buat mereka adik beradik. Dihina, difitnah, berasa sepi dan terbiar dengan kealpaan diri. Adakah segala kebencian akan membawa penyesalan?

Kisah empat adik beradik - Idris, Khadijah (Uyaina Arshad), Hasnah (Amanda Amry) dan Ramlah (Fify Azmi) yang kekurangan kasih sayang daripada insan yang bernama ibu bapa.

Idris, seorang lelaki tempang yang serba kekurangan sering menjadi mangsa hinaan dan dianggap menyusahkan orang tuanya.

Hasnah yang memiliki kepintaran pula, membawa diri ke luar negara, namun jauh di sudut hati, dia tetap ingin menikmati kehidupan bahagia seperti keluarga-keluarga yang lain, bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.

Ramlah yang merupakan anak manja bapa, akhirnya gagal mengenal baik dan buruk, lantas kehidupannya menjadi terkontang-kanting sendiri...

Menyedari orang tua yang bermasalah, Khadijah mengambil peranan dan tanggungjawab, serta sanggup mengorbankan hidup demi melihat adik-adiknya membesar dengan kehidupan yang lebih baik.

drama kau cipta kasih 455

Kredit foto: Instagram Ikhram Juhari

Pelakon / Cast

Dikemudi Nazim Othman dan Uyaina Arshad sebagai bintang utama.

Turut dibantu gandingan Nafiz Muaz, Fify Azmi, Amanda Amry, Nynaa Harizal, Izuan Razali, Sherie Merlis, Norlia Ghani, Mustapha Kamal, Faizal Ismail, Tash Yong, Zalfa Zin, Ikhram Juhari, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad dan Sahronizam.

Baca: Biodata Nazim Othman

Baca: Biodata Uyaina Arshad

Baca: Biodata Nafiz Muaz

Baca: Biodata Fify Azmi

Baca: Biodata Amanda Amry

Baca: Biodata Nynaa Harizal

Baca: Biodata Tash Yong

Baca: Biodata Zalfa Zin

Watak Pelakon

Nazim Othman sebagai Afiq

Uyaina Arshad sebagai Khadijah

Fify Azmi sebagai Ramlah

Nynaa Harizal sebagai Nelly

Amanda Amry sebagai Hasnah

Izuan Razali sebagai Rashid

Ikhram Juhari sebagai Haris

kau cipta kasih episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan pengarah Nazir Jamaludin yang diterbitkan oleh syarikat produksi Ansar Creative Media.

Penulisan skrip oleh Azlina Din dan Azilah Wahab.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Pasrah

Penyanyi: Sarah Suhairi

   

novel kau cipta kasih

Kredit foto: Instagram Azilah Wahab

Waktu Siaran

Drama 15 episod ini bakal ke udara pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam, eksklusif di slot Samarinda, saluran TV3. Tayangan episod 1 disiarkan pada 13 Januari 2022.

Strim secara online di platform Disney+ Hotstar untuk pilihan alternatif.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Kau Cipta Kasih | Mulai 13 Januari, Setiap Isnin - Khamis 10 malam hanya di TV3

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Kau Cipta Kasih

3. Disney Plus Hotstar Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)