Oleh pada 09 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Kerana Dia Suka merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2022 yang berada dalam tayangan slot Lestary di saluran TV3.

Adaptasi novel karya penulis Marissa terbitan Karya Seni ini bakal memulakan siaran perdana pada 9 Mac 2022 sebagai pengganti kepada siri Cinta Amnesia.

kerana dia suka drama

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Sinopsis

Kurang sebulan sebelum perkahwinan dengan Sufian (Nafiez Zaidi), Wardina (Rita Nadira) mendapat tahu tunangnya itu telah ditangkap basah dengan wanita bernama Aida.

Walaupun Sufian mengaku tak bersalah dan kononnya hatinya masih pada Wardina, namun Wardina sudah tawar hati lantas membawa diri ke Kundasang, Sabah, dengan ditemani rakan baiknya, Zaimah (Trisha Ooi).

Kehadirannya di situ membawa kepada pertemuan dengan Idham (Fikry Ibrahim), lelaki yang serabut bak seorang perompak! Begitupun perasaan Wardina padanya cukup 'sesuatu'.

Zaimah cuba meyakinkan Wardina bahawa Idham turut menaruh hati padanya, namun Wardina keras menafikan apatah lagi bila mengetahui status Idham yang merupakan tunangan orang.

Enggan menjadi orang ketiga, terutama selepas mengetahui hakikat rasa seorang wanita yang diduakan, Wardina nekad menjarakkan diri.

Idham pula seakan mengabaikan statusnya, dengan mempelawa Wardina keluar makan bersama, malah turut bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.

Wardina tidak mampu lagi menidakkan cintanya pada Idham, lebih-lebih lagi Idham memberitahu sudah tidak ada hati dengan tunangnya.

Lebih membuatkan Wardina tersentak apabila Idham ingin memutuskan pertunangan dengan wanita malang itu, membuatkan Wardina berasa serba salah.

Baca: 10 Fakta Pelakon Rita Nadira, Adik Rita Suraya Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 12 Drama Melayu Terbaru & Terbaik 2021 / 2022, Wajib Tonton!

sinopsis kerana dia suka

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Penampilan utama Fikry Ibrahim dan Rita Nadira sebagai teraju utama, di samping barisan pelakon terdiri daripada Aidit Noh, Nafiez Zaidi, Rozita Che Wan, Nasha Aziz, Harris Annuar, Shah Khan, Zain Saidin, Riz Amin, Mimi Ernida, Nina Smith, Trisha Ooi, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Nadia Kesuma, Fendi London dan Halmey Hamdah.

    

Baca: Biodata Fikry Ibrahim

Baca: Biodata Rita Nadira

Baca: Biodata Aidit Noh

Baca: Biodata Nafiez Zaidi

Baca: Biodata Rozita Che Wan

Baca: Biodata Harris Annuar

Baca: Biodata Shah Khan

Baca: Biodata Zain Saidin

Baca: Biodata Riz Amin

Baca: Biodata Mimi Ernida

   

Watak Pelakon

Fikry Ibrahim sebagai Idham

Rita Nadira sebagai Wardina

Nafiez Zaidi sebagai Sufian

Nina Smith sebagai Nurlisa

Nasha Aziz sebagai Seha

Mimi Ernida sebagai Aida

Riz Amin sebagai Ijol

Zain Saidin sebagai Encik Khalid

Trisha Ooi sebagai Zaimah

Ezany Nizarif sebagai Dato Zack

Marisa Yasmin sebagai Datin Frida

Fendi London sebagai Haji Budin

kerana dia suka pelakon

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diproduksi syarikat Zeel Production Sdn Bhd, arahan sutradara Kyoll Hamzah ini menggunakan naskhah skrip daripada penulis Mufid Suhaimi dan Next Scene Team.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: ZAROL ZARIF - KAN KAN | OST KERANA DIA SUKA [OFFICIAL MUSIC VIDEO]

Tajuk: Kan Kan Kan

Penyanyi: Zarol Zarif

Komposer: Cat Farish, Suffren Ghafar

Penulis lirik: Cat Farish, Zarol Zarif, Amri Aziz

kerana dia suka episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Tarikh Dan Waktu Siaran

Bermula pada 9 Mac 2022, drama dalam kandungan slot Lestary saluran TV3 ini menemui penonton pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam dan juga disertakan di platform penstriman, Disney+ Hotstar untuk tontonan secara online.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Kerana Dia Suka - Official Trailer. Episod 1 Pada 9 Mac 2022

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)