Oleh pada 23 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

Drama adaptasi novel Tarik Aku Ke Syurga daripada judul buku Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman, bakal menggantikan siri Kerana Aku Isteri Bidaan di slot Samarinda TV3 dengan penampilan gandingan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam sebagai bintang utama.

Drama rantaian arahan Malek Rahman ini ditayangkan bermula 23 Jun 2022 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran TV3.

sinopsis tarik aku ke syurga

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Di sebalik kehidupan berkerjaya dan dikasihi keluarga, Zamri (Zul Ariffin) bergelumang dengan dosa.

Setelah satu rahsia jahatnya terbongkar, ibunya, Hajah Raudah (Lisdawati) hanya akan memberi ampun sekiranya Zamri bernikah dengan seorang wanita yang bernama Zara (Nelissa Nizam).

Berkahwin atas aturan keluarga, Zamri dan Zara tidak miliki persamaan menyebabkan mereka tidak banyak bercakap. Zara seorang yang berkeperibadian tinggi manakala Zamri pula seorang manusia yang baik hanya di hadapan keluarganya. Pintu hati Zamri tertutup rapat untuk mana-mana insan yang bernama wanita.

Atas dasar menutup Aib, Zara diperisterikannya, namun satu demi satu rahsia dan sejarah hitamnya yang disimpan rapi, diketahui.

Bahtera rumah tangga mereka tidak pernah bahagia, malah Zara juga tidak pernah disentuhnya.

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….” - Zara

Tidak semudah itu Ricky melepaskan Zamri yang banyak termakan budinya.

Apabila Ricky datang mendekati, kerana dendam, hubungan kedua pasangan suami isteri ini ingin dihancurkan dengan sihir pemisah.

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar” - Ricky

Demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri, Zara menjadi mangsa keadaan. Adakah cinta dapat mengatasi segalanya?

Baca: 10 Fakta Pelakon Nelissa Nizam Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Nelissa Nizam

drama tarik aku ke syurga

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pelakon / Cast

Menyaksikan kombinasi pelakon lama dan baharu, Zul Ariffin dan Nelissa Nizam yang ditampilkan sebagai watak utama, juga dibantu barisan kelompok pelakon popular seperti Keith Foo, Hafreez Adam, Nabil Aqil, Idzham Ismail, Aleeza Kassim, Sean Lee, Zila Bakarin, Lisdawati, Afzan A Rahman, Izzendra, Ayra Messi, Mahmud Ali Bashah, Khairil Anwar, Esma Daniel, Nada Nur Syuhada, Azzahra Ahmad, Khafizah Hanafie, Zizi Hazirah dan Myra Zareil.

Watak Pelakon

Zul Ariffin sebagai Zamri

Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia

Keith Foo sebagai Shawn

Ayra Messi sebagai Julia

Idzham Ismail sebagai Dahlan

Aleeza Kasim sebagai Datin Maria

Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah

Izzendra sebagai Natasha

Esma Daniel sebagai Dato Azman

Lisdawati sebagai Hajah Raudah

Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad

tarik aku ke syurga episod

Kredit foto: Instagram Nelissa Nizam

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan sutradara Malek Rahman ini menampilkan Nieza Nahar sebagai penulis skrip menerusi penerbitan produksi Creative Skill Solution Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: WANIE OOI - BUKTI CINTA [OFFICIAL LYRIC VIDEO OST " TARIK AKU KE SYURGA "

Tajuk: Bukti Cinta

Penyanyi: Wanie Ooi

Komposer: Ikhwan Fatanna, Wan Saleh

Penulis lirik: Ikhwan Fatanna

pelakon tarik aku ke syurga

Kredit foto: Instagram Haitun Kamarazaman

Waktu Siaran

28 siri episod ’Tarik Aku Ke Syurga’ dipertontonkan setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam mulai 23 Jun 2022 di slot Samarinda melalui saluran TV3.

Strim episod baru online di perkhidmatan penstriman iQIYI secara eksklusif setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam untuk VIP Ekspres. Anda juga boleh tonton episod baru secara percuma di platform yang sama, 48 jam kemudian.

Baca: 10 Drama Adaptasi Novel Melayu Terbaru 'Best' (2021 / 2022), Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: Di Sebalik Tabir Tarik Aku Ke Syurga, Trailer - Episod 1 Pada 23 Jun 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)