Oleh pada 19 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Ex Aku Pontianak (bukan adaptasi novel) merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2022 bergenre komedi seram yang diarahkan oleh sutradara Shamyl Othman.

Drama di bawah jenama Gempak Original Series yang ditayangkan di saluran Astro Ria mulai 19 Januari 2022 ini dibarisi oleh para pelakon terkenal, antaranya adalah Ikmal Amry, Raysha Rizrose, Elizabeth Tan, Alicia Amin dan Fatimah Abu Bakar.

ex aku pontianak cast

Kredit foto: Instagram Red Communications

Sinopsis

Kerana bermain kayu tiga, Malik (Ikmal Amry) yang merupakan seorang playboy telah dihantui oleh bekas kekasihnya, Bella (Elizabeth Tan).

Lebih manakutkan apabila Malik mendapat tahu Bella sebenarnya adalah seekor pontianak!

Demi keselamatan diri, Malik menggunakan khidmat seorang pemburu pontianak bernama Suraya (Raysha Rizrose). Suraya mempunyai kemahiran menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang dalam misi mengumpul kuasa baharu.

pelakon ex aku pontianak

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon / Cast

Disertai oleh gandingan pelakon utama, Ikmal Amry, Raysha Rizrose dan Elizabeth Tan.

Turut sama terlibat, Alicia Amin, Maya Hanum, Fikhree Bakar, Fatimah Abu Bakar, Datuk Malek Noor, Arwan, Nabil Zakaria, Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.

Baca: Biodata Ikmal Amry

Baca: Biodata Raysha Rizrose

Baca: Biodata Elizabeth Tan

Baca: Biodata Alicia Amin

ex aku pontianak episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Watak Pelakon

Ikmal Amry sebagai Malik

Raysha Rizrose sebagai Suraya

Elizabeth Tan sebagai Bella

Alicia Amin sebagai Jay

Fikhree Bakar sebagai Zhafran

Maya Hanum sebagai Fifi

Fatimah Abu Bakar sebagai Ibu Suraya

Datuk Malek Noor sebagai Bapa Suraya

Arwan sebagai Joe

Nabil Zakaria sebagai Amran

drama ex aku pontianak

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri yang diilhamkan oleh Anwar Hadi ini merupakan sebuah karya terbitan produksi Red Comm (Red Communications) yang menampilkan Shamyl Othman sebagai pengarah dengan sokongan daripada panel penulis skrip dibarisi oleh Anwar Hadi, Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.

    

sinopsis ex aku pontianak

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Siaran

Ex Aku Pontianak selama 10 episod adalah sebuah lagi kandungan baharu Gempak Original Series yang bakal menemui penonton bermula 19 Januari 2022 pada setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (CH104).

Strim di portal Gempak, platform Astro GO dan On Demand untuk tontonan secara online.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Malik, Si Kasanova | Ex Aku Pontianak Episod 1

Sumber:

1. Apa Jadi Bila Pontianak Bertemu Pemburu? Drama Komedi Seram Ex Aku Pontianak Akan Menemui Anda Tak Lama Lagi!

2. Red Communications




Hakcipta iluminasi.com (2017)