Oleh pada 26 Aug 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Terlerai Noktah merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) lakonan Nabila Huda, Raysha Rizrose, Aidil Aziz, Atikah Suhaime, Azhan Rani, Hariz Hamdan (Hero Remaja) dan Ainul Aishah.

Episod 1 karya bergenre psiko thriller ini bakal ke udara di slot Samarinda TV3 pada 26 Ogos 2021 bagi menggantikan siri Sitik Tok.

sinopsis terlerai noktah

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Sudah 20 tahun Zaira (Nabila Huda) terpisah dengan adiknya, Hani (Ainul Aishah).

Kini Hani ditemui polis dalam keadaan terikat di sebelah bayinya yang kelaparan dan suaminya yang sudah meninggal dunia.

Kelihatan satu nota yang meminta agar Hani dibawa ke hospital psikiatri milik suami Zaira, Doktor Rudi (Aidil Aziz).

Hani yang merupakan penghidap PTSD dan Amnesia, bagaimanapun enggan mengaku Zaira adalah kakak kandungnya.

   

Sementara itu, perkahwinan Zaira dan Rudi tidak dikurniakan cahaya mata.

Manakala, Rania (Atikah Suhaimie) selaku ketua jururawat di wad Hani ditempatkan, menyimpan satu rahsia besar.

Kehadiran jururawat baru bernama Jasmine (Raysha Rizrose) amat tidak disenangi Rania.

Jasmine yang ditugaskan menjaga Hani mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan penemuan Hani.

Dalam pada itu, Zaira mengimbau kembali kehidupannya bersama Hani sewaktu kecil yang mana mereka pernah diculik dan dibawa ke Pulau Randai.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anak Sena (Slot Lestary TV3)

drama terlerai noktah

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

Pelakon / Cast

Dibintangi oleh Nabila Huda, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Atikah Suhaime, Hariz Hamdan (Hero Remaja 2020), Muntazar Ghufran, Azhan Rani, Watie Sadali, Harris Annuar, Duerra Mitilda, Kazar Abd Razak, Mia Deen, Ieka Zulkifli, Elmy Moin, Zoul Muhammad, Shahfi Rafiq, Aresya Rania dan Shyrim Husni.

Baca: Biodata Nabila Huda

Baca: Biodata Raysha Rizrose

Baca: Biodata Ainul Aishah

Baca: Biodata Aidil Aziz

Baca: Biodata Atikah Suhaime

Baca: Biodata Hariz Hamdan

Baca: Biodata Azhan Rani

Baca: Biodata Harris Annuar

Watak Pelakon

Nabila Huda sebagai Zaira

Raysha Rizrose sebagai Jasmine

Ainul Aishah sebagai Hani

Aidil Aziz sebagai Dr Rudi

Atikah Suhaime sebagai Rania

Azhan Rani sebagai Tuan Ismail

Hariz Hamdan sebagai Fariz

Harris Annuar sebagai Zarul

Watie Sadali sebagai Laila

Duerra Mitilda sebagai Zaira (12 tahun)

Mia Deen sebagai Hani (10 tahun)

Shahfi Rafiq sebagai Rudi (12 tahun)

Ieka Zulkifli sebagai Ramlah

Elmy Moin sebagai Razak

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Malaysian Ghost Stories (Astro Ria)

terlerai noktah episod

Kredit foto: Instagram Zoul M

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan pengarah Amor Rizan ini diproduksi oleh Padi Pictures Sdn Bhd dan menampilkan Amor Rizan sendiri sebagai penulis skrip bersama Ghufron Salim dan Saiqa Askari.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Shazriq Azeman ft LeMahar, Afaro & Aizi - Bebas (Official Lyric Video)

Tajuk: Bebas

Penyanyi: Shazriq Azeman feat LeMahar, Afaro & Aizi

Komposer: Shariq Azeman, Aizi, Afaro

Penulis lirik: Shariq Azeman & LeMahar

pelakon terlerai noktah

Kredit foto: Instagram Syafieza Jamaludin

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hawa (Slot Megadrama Astro)

Waktu Siaran

Saksikan 9 episod 'Terlerai Noktah' yang ditayangkan di slot Samarinda, saluran TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam bermula 26 Ogos 2021.

Juga boleh ditonton secara strim di platform penstriman, Disney+ Hotstar.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Di Sebalik Tabir Terlerai Noktah

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Terlerai Noktah

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)