Oleh pada 22 Apr 2022 kategori
7 hari mencintaiku 3 551

Kredit foto: Instagram Siti Saleha

  
Naskhah 7 Hari Mencintaiku (7HM) yang menerima sambutan luar biasa untuk dua musim berturut-turut, diteruskan dengan musim ketiga bersama barisan pelakon asalnya, seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha dan Liza Abdullah.
  
Karya berkonsep siri televisyen yang merupakan drama kekeluargaan susulan realiti yang berlaku dalam perkahwinan watak Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya) ini, adalah hasil terbitan karya agung Siti Rosmizah Semail yang telahpun mula bersiaran dan boleh ditonton pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 6:58 petang di saluran TV3.
  
Berikut 10 fakta menarik yang boleh dikongsi mengenai 7 Hari Mencintaiku 3 (7HM3)!
  

10 Fakta Drama Berepisod 7 Hari Mencintaiku 3 Yang Ramai Tak Tahu!

7 hari mencintaiku 149
    
1. 7HM3 tidak lagi dihasilkan dalam versi novel seperti yang lalu, sebaliknya hanya dalam bentuk drama bersiri yang bersiaran secara eksklusif di slot Akasia.
  
drama 7 hari mencintaiku 3 666
    
2. Sekuel ketiga ini kembali meriah dengan kehadiran pelakon dan watak tambahan baru yang menghangatkan lagi plot cerita seperti Kak Piah, Che Putih, Taufik, Maimunah dan ramai lagi.
  
sinopsis 7 hari mencintaiku 3 634
    
3. Memaparkan penceritaan lebih mantap rentetan kisah yang lebih menyayat hati serta beremosi berbanding musim-musim terdahulu. Setiap episod bakal bermain dengan jiwa dan penonton perlu bersiap sedia dengan kisah mereka yang tidak dijangka!
   
pelakon 7 hari mencintaiku 3 725
     
4. Menurut Liza Abdullah, karya Siti Rosmizah itu memberikan cabaran besar kepada para pelakon kerana menjayakan setiap babak umpamanya seperti sedang berlakon teater. Ia berikutan mereka dikehendaki menjalani latihan seperti teater sebelum melakukan mana-mana rakaman babak.
  
5. Ezad Lazim yang cukup terkenal dengan watak-watak komedi dalam filem mahupun drama, memberikan kelainan apabila tampil menerusi watak serius sekaligus membuktikan beliau mampu mewarnai pelbagai karakter.
  
novel 7 hari mencintaiku 3 628
     
6. Tanda pagar #7harimencintaiku3 berada di kedudukan teratas sohor kini Twitter seawal episod pertama ditayangkan!
  
tonton 7 hari mencintaiku 3 835
    
7. Bagi Wan Sharmila, wataknya dalam musim ketiga ini benar-benar menguji kemampuan diri sebagai pelakon, apatah lagi jika siri ini ingin diteruskan ke musim keempat. Dia mendengar sendiri respon penonton yang ternanti-nanti lakonan dia seterusnya memberikan tekanan untuk memperbaiki mutu kerja berbanding yang dibawakan pada musim lalu.
  
7 hari mencintaiku 3 episod 361
    
8. Drama kegemaran ramai ini turut mengisi slot tayangan online di platform penstriman video terkemuka, iQiyi Malaysia.
  
7 hari mencintaiku 3 iqiyi
    
9. 7HM3 sepatutnya ditayangkan lebih awal pada 8 April tetapi, terpaksa ditarik balik dan ditunda ke tarikh 16 April disebabkan memberi laluan kepada siri Harith Fayyadh yang terlebih dahulu bersiaran.
  
7 hari mencintaiku 3 cast

Kredit foto: Instagram Siti Saleha

  
10. Akan datang, tiga lagi karya adaptasi novel Siti Rosmizah bakal disiarkan secara eksklusif di Astro, menerusi perjanjian yang dimeterai antara penulis prolifik itu dan platform penyiaran berkenaan.
  
Novel-novel yang berada dalam senarai termasuklah Andai Itu Takdirnya 1 & 2 yang diterajui Shukri Yahaya dan Nina Iskandar, selain Takdir Itu Milik Aku.
  
Menemui penonton bermula tahun ini sehingga 2023.
  
  
  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)