Oleh pada 26 Nov 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Kisah Cinta Kita merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang menggandingkan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson.

Episod 1 siri yang mengisi slot Akasia TV3 ini bakal ke udara pada 26 November 2021 bagi menggantikan drama berepisod Mr Bibik.

pelakon kisah cinta kita

Kredit foto: Instagram Dato A.Aida

Sinopsis

Alisa (Amelia Henderson) dan Natasya melalui kehidupan yang sangat berbeza. Alisa hidup dalam kesederhanaan, malah sanggup mengorbankan cita-citanya. Natasya pula dimanjakan dengan kehidupan yang serba mewah.

Kerana ingin mendapatkan wang bagi menampung kos pembedahan ibunya, Alisa sanggup menyamar menjadi Natasya dan dia dikahwinkan dengan Amir (Aedy Ashraf).

Mampukah cinta sejati antara mereka terbit? Atau rahsia silam mengganggu hubungan yang mula berputik.

Kisah bermula apabila Alisa didekati Amir yang meminta dia menyamar sebagai Natasya. Ia gara-gara Alisa mempunyai wajah seiras dengan Natasya yang telahpun menghilangkan diri.

Alisa menyambut apa yang dipinta Amir memandangkan dia hanya perlu menyamar dalam tempoh yang singkat iaitu berbual dengan Datuk Ramzi (Dato Jalaludin Hassan) yang tidak sedarkan diri di hospital.

Namun apabila mendapat tahu Natasya ditimpa kemalangan, Amir menggesa Alisa untuk meneruskan penyamarannya.

Alisa membangkang kerana Datuk Ramzi telahpun sedarkan diri. Pun begitu, Alisa akur jua meneruskan lakonannya sebagai Natasya demi menyelamatkan nyawa ibunya yang tersayang, walau di hati Alisa telah menaruh rasa benci yang hebat pada Amir.

Namun Alisa kini diselubungi rasa curiga terhadap Amir apabila melihat lelaki itu bersama Datin Laila dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku?

kisah cinta kita drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

 

Pelakon / Cast

Menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson sebagai teraju utama.

Turut dibantu pelakon Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus, Maria Farida, Khaty Azian dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Baca: Biodata Aedy Ashraf

Baca: Biodata Amelia Henderson

Baca: Biodata Ikmal Amry

Baca: Biodata Daniella Sya

Baca: Biodata Hazman Al Idrus

   

Watak Pelakon

Aedy Ashraf sebagai Amir

Amelia Henderson sebagai Alisa

Hazman Al Idrus sebagai Putra

   

novel kisah cinta kita

Kredit foto: Instagram Hazman Al Idrus

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah siri arahan oleh sutradara Riza Baharudin daripada penulis skrip Rehal Nuharis dan Bikash Nur Idris, hasil terbitan produksi A. Aida Production Sdn Bhd.

sinopsis kisah cinta kita

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Sejarah Cinta Ku - Usop

Tajuk: Sejarah Cintaku

Penyanyi: Usop

Komposer: Haqiem Rusli

Penulis lirik: Dato' A.Aida

   

Berakhirlah Pencarianku - Hafiz Suip dan Ernie Zakri

Duri - Ahmad Syafiq

kisah cinta kita episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Tayangan selama 28 episod dimuatkan dalam slot Akasia, saluran TV3 mulai 26 November 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Juga berada dalam kandungan platform Disney+ Hotstar untuk tontonan secara online.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

   

Kredit video: HIGHLIGHT : Episod 1 - Natasya Kena Marah Dengan Datuk Ramzi! | Kisah Cinta Kita (2021)

   

Sumber:

1. Drama Sangat

2. A. Aida Production Sdn Bhd




Hakcipta iluminasi.com (2017)