Oleh pada 07 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram @lovezm95

Semanis Senyumanmu merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang menampilkan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Daiyan Trisha sebagai gandingan utama.

Siri Disney+ Hotstar Original ini telah ditayangkan di platform penstriman itu sejak 1 Jun 2021 dan kini menemui penonton slot Akasia TV3 bermula 7 Oktober 2021 bagi menggantikan drama Perisik Cinta Tak Diundang.

sinopsis semanis senyumanmu

Kredit foto: Instagram Parallax Pictures

Sinopsis

Azim (Aiman Hakim Ridza) dan Azra (Daiyan Trisha) berkongsi minat dalam bidang makanan dan minuman (F&B). Mereka ditakdirkan untuk bertemu lalu ikatan istimewa yang terjalin melalui beberapa konflik perhubungan.

Kisah bermula apabila Azim, seorang chef yang bekerja di Restoran Sedap, didatangi Azra dan Iman (Aqilah Abas) yang berkunjung sebagai pelanggan.

Azra mengkritik kuih lopes buatan Azim kerana dikatakannya tidak mempunyai tekstur yang sempurna.

Apabila Azra membuka kedai bakeri sendiri, Azim memulangkan paku buah keras dengan melontarkan komen pedas pada roti buatan Azra.

Dalam diam, Azim mengagumi keenakan rotinya, malah menyimpan perasaan cemburu apabila melihat Joe (Abbas Mahmood), bekas kekasih Azra kembali mendekati wanita itu.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah (TV3) Yang Ramai Tak Tahu!

drama semanis senyumanmu

Kredit foto: Instagram Parallax Pictures

Pelakon / Cast

Dikemudi oleh Aiman Hakim Ridza dan Daiyan Trisha sebagai teraju utama.

Lagi pelakon yang terlibat ialah Aqilah Abas, Akhmal Nazri, Mia Deen, Adib Azlan, Shekeen Waida, Shyrim Husni, Zoul Muhammad, Abbas Mahmood, Thaqif Zohiri, Lokman Hakim, Sofea Ace, Adib Fikri, Mikhail Afif, AG Aziz, Rozuki, Rashimah dan Muhammad Nur Iman.

Baca: Biodata Aiman Hakim Ridza

Baca: Biodata Daiyan Trisha

Baca: Biodata Akhmal Nazri

Watak Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Azim

Daiyan Trisha sebagai Azra

Aqilah Abas sebagai Iman

Akhmal Nazri sebagai Iqbal

Mia Deen sebagai Nisa

Adib Azlan sebagai Izzat

Shyrim Husni sebagai Naufal

Shekeen Waida sebagai Azreen

Abbas Mahmood sebagai Joe

Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal

semanis senyumanmu episod

Kredit foto: Instagram Parallax Pictures

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya daripada syarikat penerbitan Parallax Pictures yang digarap oleh pengarah Faizul Jais, hasil tangan penulis skrip, Nur Hussein.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Luqman Podolski - Kalau Kau Rindu (Official Music Video)

Tajuk: Kalau Kau Rindu

Penyanyi: Luqman Podolski

Komposer: Mingaling, Wolfy

Penulis lirik: Luqman Podolski, Sabbala

Lagu Penutup

Tajuk: Thinking About Us

Penyanyi: Daiyan Trisha

pelakon semanis senyumanmu

Kredit foto: Instagram Parallax Pictures

Waktu Siaran

Bersiaran mulai 7 Oktober 2021 pada setiap hari Isnin dan Jumaat, jam 7.30 malam di slot Akasia, saluran TV3.

Tonton kesemua 16 episod penuh secara online di laman penstriman Disney+ Hotstar.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Di Sebalik Tabir Semanis Senyumanmu. Episod 1 pada 7 Oktober 2021

Sumber:

1. Disney+ Hotstar

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)