Oleh pada 12 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Diari Seorang Suami merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang diterajui oleh pelakon Afieq Shazwan dan Yuna Rahim.

Episod 1 drama arahan Johan Bahar ini bakal ke udara menerusi slot Lestary TV3 pada 12 November 2021 bagi menggantikan siri Kekasih Hati Mr Bodyguard.

sinopsis diari seorang suami

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Menceritakan kisah Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Afieq Shazwan), dua remaja berumur 18 tahun yang saling jatuh cinta. Mereka yang tidak menghabiskan persekolahan, telah berkahwin lari tanpa sijil nikah yang sah.

Hidup selepas perkahwinan mereka terumbang ambing. Kerana tiada pekerjaan tetap, mereka menjadi gelandangan di Kuala Lumpur.

Ia tidak mematahkan semangat Hairi dan Neesa untuk meneruskan kehidupan di ibu kota itu.

Seolah tiada hala tuju, malah segala usaha Hairi seperti gagal menyelamatkan keadaan, apatah lagi Hairi mempunyai masalah ketagihan 'ubat'. Bertambah rumit apabila Neesa mendapat tahu dirinya sedang mengandung.

Apapun cinta yang disemat antara mereka tidak bernoktah. Mereka tetap kekal menjalani kehidupan bersama-sama.

Namun selepas seorang insan mendekati mereka untuk membantu, mula mengubah perjalanan hidup Hairi dan Neesa, sepenuhnya.

Orang Kaya Azman (Keith Foo) membantu Hairi dan Neesa dengan menawarkan pekerjaan kepada Hairi dan membenarkan kedua-duanya menetap di sebuah rumah agam mewah miliknya.

Apakah yang akan terjadi selepas itu?

drama diari seorang suami

Kredit foto: Instagram Yuna Rahim

Pelakon / Cast

Mempertaruhkan gandingan Afieq Shazwan dan Yuna Rahim selaku tonggak utama. Turut dibintangi oleh pelakon Keith Foo, Fimie Don, Syanie Hisham, Iqbal Mazlan, June Lojong, Khal Isyaf, Sani Sudin, Kamal Ibrahim, Suraya dan Aiyuni Hashim.

Baca: Biodata Afieq Shazwan

Baca: Biodata Yuna Rahim

Baca: Biodata Fimie Don

Watak Pelakon

Afieq Shazwan sebagai Hairi

Yuna Rahim sebagai Neesa

Keith Foo sebagai Azman

diari seorang suami episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan oleh pengarah Johan Bahar dan diterbitkan oleh produksi Art Ornament Sdn Bhd.

Sementara naskhah skrip pula daripada penulis Azril Hamzah, Amin Shakib dan Shida Zali.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: KEMELUT - PASYA (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

   

Tajuk: Kemelut

Penyanyi: Pasya

Komposer: Zimi

Penulis lirik: Jerry

pelakon diari seorang suami

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Siri yang diterbitkan sebanyak 13 episod ini ditayangkan bermula 12 November 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di slot Lestary, saluran TV3.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Diari Seorang Suami | Mulai 12 November, Setiap Rabu - Sabtu, 9 malam hanya di TV3

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Art Ornament Sdn Bhd




Hakcipta iluminasi.com (2017)