Oleh pada 24 Apr 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Gandingan mantap Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad menerusi drama bersiri 'Khilaf Asmara' tular hingga menjadi perbualan wargamaya.

Siri arahan Uchee Fukada ini telahpun menemui penonton sejak 18 April lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam.

Secara ringkasnya, ia mengangkat kisah yang bertemakan kekeluargaan, kepercayaan, adik beradik dan pengkhianatan.

Kesinambungan drama ini boleh terus diikuti di slot Samarinda, kaca saluran TV3.

Berikut 10 fakta menarik tentang apa yang boleh dikongsi mengenai siri sensasi ini.

10 Fakta Drama Berepisod Khilaf Asmara (TV3) Yang Ramai Tak Tahu!

drama khilaf asmara 600

    

1. Bukan sebuah "karya adaptasi novel ke kaca televisyen (drama)", sebaliknya Khilaf Asmara yang berkonsepkan drama bersiri merupakan olahan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim dan Uchee Fukada.

khilaf asmara tv3

    

2. Ia boleh ditonton semula secara online menerusi kandungan platform penstriman video, Disney+ Hotstar Malaysia.

khilaf asmara episod 991

    

3. Penggambaran Khilaf Asmara pernah dihentikan seketika pada November tahun lalu berikutan penerbitnya, Shahrulezad Mohameddin dan dua pekerja di syarikat produksinya, Radius One disahkan positif Covid-19.

sinopsis khilaf asmara 457

     

4. Tiga kali mendapat peluang menjayakan watak dalam drama Radius One menimbulkan andaian kononnya Fasha Sandha adalah 'anak emas' kepada syarikat produksi terkenal itu, namun ia sama sekali dinafikan beliau.

5. Sering diberi kepercayaan membawa watak lelaki baik yang mempesona, aktor Fattah Amin pertama kali menjayakan peranan antagonis selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

6. Seiring kematangannya sebagai pelakon, Fattah menegaskan ingin menjaga batasan membabitkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dan menolak adegan keterlaluan. Menerusi Khilaf Asmara, babak romantis hanya dihidupkan dengan bantuan teknik kamera.

pelakon khilaf asmara 340

    

7. Menerusi hantaran dilakukan Fasha di Instagram (IG), gambar yang menunjukkan Nelydia Senrose menyentuh lengan Fattah untuk mempromosikan siri ini mengundang respon negatif netizen yang kurang bersetuju dengan aksi diperlihatkan.

khilaf asmara novel

    

8. Nelydia akui teruja dapat berganding dengan Fasha memandangkan sejak kecil dia selalu menonton lakonan aktres senior itu dan kini ia satu pengalaman yang cukup berharga apabila mereka dapat bekerjasama.

khilaf asmara cast

Kredit foto: Instagram Drama Sangat & Instagram Fasha Sandha

9. Watak Hanim, seorang wanita perampas yang ‘daring’ lakonan Fasha menjadi sasaran makian netizen di media sosial sehinggakan ada yang mahu ‘tala’ mercun roket ke mukanya!

10. Melepaskanmu nyanyian Amylea Azizan yang merupakan lagu tema siri ini sebenarnya telahpun diperam sejak setahun yang lalu. Ia menjadi karya balada terakhir Amylea kerana ingin berehat seketika daripada penghasilan genre sedemikian.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Khilaf Asmara (Slot Samarinda TV3)

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Irma Nak Celebrate Birthday Tasya | Khilaf Asmara (2022)

Sumber:

1. Jujur berkarya

2. Nelydia Senrose teliti tawaran elak watak sama, tak beri impak

3. "Saya Minta Maaf, Banyak Dugaan Sampai Tak Boleh .." - Amylea

4. Shahrulezad positif Covid-19, penggambaran drama Khilaf Asmara dihentikan

5. Takut penonton bosan! Fattah Amin cabar diri bawa watak antagonis... Elak babak keterlaluan, sentuh pelakon wanita




Hakcipta iluminasi.com (2017)