Oleh pada 19 Apr 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Scammer 2 (bukan adaptasi novel) telah mula bersiaran pada 18 April 2022 menerusi saluran Astro Ria dibintangi Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah.

Siri televisyen Malaysia tahun 2022 ini menggantikan tayangan drama Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti untuk slot pukul 11 malam.

scammer 2 drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Selepas arwah Cikgu Shah dituduh mengambil semua duit jualan tanah di kampungnya dan meninggal dunia, Taqriz (Beto Kusyairy) ingin menuntut bela atas kematian bapanya itu dan fitnah yang dilemparkan.

Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang disyakinya bertanggungjawab menipu pemilik tanah dan meletakkan arwah bapanya sebagai kambing hitam.

Bagi mencari bukti kes penipuan tanah itu, Taqriz menyelinap masuk ke syarikat Muna dengan bantuan Liya (Farah Nabila) - seorang bekas ‘scammer’ yang diburu polis - yang menyamar sebagai pekerja baru di syarikat Muna.

Taqriz pula berpura-pura menjadi pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif bagi menyelongkar bukti pembabitan Hanif dalam kes kematian bapanya. 

Tanpa Taqriz sedari, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan mendapati ramai sebenarnya yang terlibat dalam penipuan tanah itu yang antaranya adalah orang yang juga dekat dengannya!

Ustaz Rudi (Zahiril Adzim), seorang tokoh berpengaruh yang juga rakan sekampung Taqriz ingin menghulurkan bantuan, namun ditolak Taqriz kerana enggan mempercayai sesiapa.

Siapakah yang akan menjadi mangsa scammer kali ini? Siapakah si penunggang agama dan juga dalang sebenar?

scammer drama 526

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Scammer 2 melibatkan pelakon hebat tanah air iaitu Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah sebagai pemegang peranan utama, selain turut menyaksikan penampilan Azwan Ali, Iman Corinne Adrienne, Razzuan Rosli, Shatirah Amanda, Mathni Razak, Sharifah Sofia, Norlia Ghani, Adam Darwisyh, Auni Zahra, Airil Azimi, Ainina Ahmad, Enny Ridwan, Sadiq M. Jamil, Bihzhu, Juwita Rosli, Gobbinath Batumalai, Anuar Abdul Rahman dan Abd Manan Sulaiman.

Watak Pelakon

Beto Kusyairy sebagai Taqriz

Farah Nabilah sebagai Liya

Zahiril Adzim sebagai Rudi

Azwan Ali sebagai Hanif

Iman Corinne Adrienne sebagai Muna

Razzuan Rosli sebagai Paup

Adam Darwisyh sebagai Ghani

Mathni Razak sebagai Inspektor Farid

Sharifah Sofia sebagai Sofia

Ainina Ahmad sebagai Imah

Gobbinath Batumalai sebagai Praba

scammer 2 episod

Kredit foto: Instagram Iman Corinne Adrienne

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama produksi Radius One Sdn Bhd arahan Norhanisham "Labu" Muhammad ini merupakan sebuah karya asal Sham Hashim yang turut bertindak sebagai penulis skrip bersama Shida Zali, Amin Shakib, Maizura Ederis, Che Li dan Thaaqhib.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Topeng

Penyanyi: Caprice ft. Sherry Ibrahim

Komposer: Farouk Roman

Penulis lirik: Caprice / Senna

   

Tajuk: Rekayasa

Penyanyi: Nuha Ibrahim

Komposer: Farouk Roman

Penulis lirik: Senna

sinopsis scammer 2

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Waktu Siaran

Tayangan 24 episod Scammer 2 bermula pada 18 April 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di saluran 104, Astro Ria, selain boleh ditonton online melalui aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Kredit video: Tayangan Perdana Scammer 2 , Episod 1 Pada 18 April 2022

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)