Oleh pada 11 Apr 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Siri premium Astro Originals di Astro Citra kini tampil dengan drama terbaharu berjudul Kuasa (bukan adaptasi novel) yang bakal ditayangkan mulai 11 April 2022, 9.00 malam.

Membariskan Nazim Othman, Nadia Brian, Ning Baizura dan Izzy Reef, siri ini membawa genre drama, jenayah dan romantik hasil arahan sutradara Kroll Azry.

kuasa

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Mengangkat kisah fiksyen tentang sebuah keluarga berpengaruh dalam industri hiburan Malaysia.

Tan Sri Dhameer (Ridzuan Hashim), nama yang tidak asing lagi kerana empayar gah yang dibinanya selama 35 tahun menceburi bidang seni, menerusi penghasilan filem-filem tempatan dan platform pelaburan.

Kehidupan penuh glamor dan kemasyhuran itu turut dikongsi bersama tiga orang anaknya, Delilah (Nadia Brian), Darius (Nazim Othman) dan Dharma (Izzy Reef) yang merebut kuasa untuk menjadi waris tunggal syarikat selepas Tan Sri Dhameer mengumumkan persaraannya.

Lantas, kerakusan dan pengkhianatan menguasai keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan ini.

Setiap ahli keluarga yang juga pewaris legasi ini menyimpan agenda tersendiri dalam merebut jawatan demi menguasai empayar, bagi menentukan siapakah yang bakal berkuasa!

Namun Tan Sri Dhameer ingin menyedarkan anak-anaknya tentang musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga darah daging mereka sendiri.

pelakon kuasa

Kredit foto: Instagram Nadia Brian

Pelakon / Cast

Menggandingkan pelakon hebat tanah air iaitu Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Izzy Reef, Alicia Amin, Dazrin Kamarudin, Nia Atasha Rosli, Syanie Hisham, Azri Iskandar dan Farid Amirul.

Baca: Biodata Nazim Othman

Baca: Biodata Nadia Brian

Baca: Biodata Izzy Reef

Baca: Biodata Alicia Amin

Baca: Biodata Nia Atasha Rosli

Watak Pelakon

Nazim Othman sebagai Darius

Nadia Brian sebagai Delilah

Ning Baizura sebagai Puan Sri Lily

Izzy Reef sebagai Dharma

Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Dhameer

Alicia Amin sebagai Emma

Nia Atasha Rosli sebagai Natalie

Dazrin Kamarudin sebagai Arman

Syanie Hisham sebagai Kak Bah

Farid Amirul sebagai Doctor Jason

Azri Iskandar sebagai Tan Sri Aziz

sinopsis kuasa

Kredit foto: Instagram Nadia Brian

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan pengarah Kroll Azry (Mohd Khairul Azri) dan hasil skrip karya Shamaine Othman bersama Leysha Al-Yahya ini merupakan sebuah cerita asal daripada Shamin Yusof yang diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd bersama Astro Shaw Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Joe Flizzow - KUASA (Official Music Video) ft. Azlan & The Typewriter

Tajuk: Kuasa

Penyanyi: Joe Flizzow ft. Azlan & The Typewriter

Komposer: Alif (ALYPH)

Penulis lirik: Joe Flizzow

kuasa episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Siaran

8 episod 'Kuasa' mulai 11 April 2022 ke udara setiap hari Isnin, pukul 9 malam di Astro Citra (saluran 108) serta di aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai tontonan kandungan dalam talian (online).

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Tayangan Perdana - Kuasa Episod 1

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)