Oleh pada 22 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Jangan Menangis Cinta merupakan sebuah drama rantaian Malaysia terbitan tahun 2022 yang diarahkan oleh sutradara Raja Mukhriz.

Gandingan utama Remy Ishak dan Amyra Rosli yang diadaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah Semail ini berada di kaca TV Astro Ria menerusi slot Megadrama, bermula 21 Mac 2022, selepas tamatnya tayangan siri Ulya & Dini.

sinopsis jangan menangis cinta 747

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Perkahwinan Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran Zahim (Remy Ishak) hanyalah rancangan keluarga semata-mata, namun mereka saling jatuh cinta apabila Riyana didapati mengandung.

Pertemuan mereka bermula ketika zaman universiti yang mana Riyana sewaktu itu adalah seorang penuntut yang bijak, walaupun berasal daripada keluarga yang sederhana.

Kehadiran Zafran membuatkan hidupnya kacau-bilau!

Takdir Allah, lelaki yang disangka musuh ketatnya selama ini menjadi jodoh.

Perkahwinan mereka tidak bahagia pada awalnya, apatah lagi ibu mentuanya menyimpan rasa benci yang mendalam terhadap Riyana.

Namun kasih di hati suaminya mula bercambah, walaupun hanya bersifat sementara.

Kebahagiaan yang dikecapi lumpuh apabila anak yang dilahirkan, Cinta Aryana (Sharifah Fathimah Hawra) berfizikal kurang upaya.

Riyana menerima Cinta seadanya, tetapi tidak buat Zafran!

Cinta Zafran buat Riyana bertukar rasa benci apabila isterinya memilih anak perempuan mereka yang tidak sempurna daripada dia.

Baca: 10 Fakta Drama Novel Berepisod Jangan Menangis Cinta Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pelakon Rita Nadira Yang Ramai Tak Tahu!

    

drama jangan menangis cinta 165

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Menampilkan Remy Ishak dan Amyra Rosli sebagai teraju utama.

Lagi pelakon yang terlibat ialah Rita Nadira, Halim Radzi, Wanns Ahmad, Fiza Thomas, Idzham Ismail, Amanda Amry, Atilia Haron, Sharifah Fathimah Hawra, Rahim Jailani, Fadilah Mansor, Khaty Azian, Hilal Azman, Ku Fridah, Cahaya Eina dan Kiah Propa.

   

Baca: Biodata Remy Ishak

Baca: Biodata Amyra Rosli

Baca: Biodata Rita Nadira

Baca: Biodata Halim Radzi

Baca: Biodata Wanns Ahmad

Baca: Biodata Fiza Thomas

Baca: Biodata Idzham Ismail

Baca: Biodata Amanda Amry

Baca: Biodata Atilia Haron

   

Watak Pelakon

Remy Ishak sebagai Zafran

Amyra Rosli sebagai Riyana

Rita Nadira sebagai Dina

Halim Radzi sebagai Hariz

Amanda Amry sebaagai Nabilah

Wanns Ahmad sebagai Hafiz

Idzham Ismail sebagai Zulkifli

Fiza Thomas sebagai Mawar

Atilia Haron sebagai Amirah

Sharifah Fathimah Hawra sebagai Cinta Aryana

Khaty Azian sebagai Puan Sabrina

Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar

Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah

Hilal Azman sebagai Pak Nordin

Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah

Kiah Propa sebagai Mak Yang

Cahaya Eina sebagai Bibik Satri

jangan menangis cinta novel

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan ini diproduksi oleh syarikat SR One Sdn Bhd dengan menggunakan khidmat pengarah Raja Mukhriz.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Idayu - Jangan Menangis Cinta | OST Jangan Menangis Cinta (Official lyric video)

   

Tajuk: Jangan Menangis Cinta

Penyanyi: Idayu

Komposer: Mohariz Yaakup

Penulis lirik: Siti Rosmizah

Tajuk: Selamat Tinggal Cinta

Penyanyi: Syarfa Rianna

jangan menangis cinta episod 127

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Waktu Siaran

Menghiasi slot Megadrama di saluran Astro Ria selama 40 episod, bermula 21 Mac 2022 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Tonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: [Episod Penuh] Jangan Menangis Cinta - Sebuah karya Siti Rosmizah | Episod 1

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)