Oleh pada 19 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Alaf 21

  
Mengambil tempat mengisi slot Megadrama yang popular di Astro, drama berjudul "Andai Itu Takdirnya" arahan Jamal Khan bakal menemui penonton di saluran Astro Ria (104).
   

Kredit foto: Instagram Idzham Ismail

   
Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang Andai Itu Takdirnya yang perlu anda ketahui:
   

Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

  
1. Novel Andai Itu Takdirnya merupakan naskhah yang diterbitkan pada tahun 2008, manakala sekuelnya berjudul Andai Itu Takdirnya 2 telah berada di pasaran sejak tahun 2015.
   

Kredit foto: Instagram Alaf 21

  
2. Novel Andai Itu Takdirnya 1 dan 2 merupakan dua daripada empat novel Siti Rosmizah Semail yang ditayangkan secara eksklusif di Astro, menerusi perjanjian yang dimeterai antara penulis prolifik itu dan platform penyiaran berkenaan. Dua lagi novel tersenarai beliau ialah Jangan Menangis Cinta (sudah disiarkan pada 2022) dan Takdir Itu Milik Aku (akan datang pada 2023).
   

Kredit foto: Instagram Jeremy Bong

  
3. Ketika ini, berdasarkan beberapa foto yang berlegar di media sosial yang dimuat naik oleh pelakon siri ini menunjukkan proses produksi drama masih sedang berjalan.
  
4. Ia akan ke udara tidak lama lagi untuk tatapan semua bagi mengisi slot drama sepanjang Ramadan tahun ini.
   

Kredit foto: Instagram Jeremy Bong

  
5. Gandingan hebat pelakon yang terbabit terdiri daripada Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana, Atikah Suhaime, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Dayang Areeda, Razman Mahayuddin, Aida Khalida, Esma Daniel, Nur Dhia Irdina, Zulkifli Ismail dan Laila Nasir.
  

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana Megat

  
6. Sebelum ini, watak Aleya disahkan milik Nad Zainal, namun tawaran itu diberikan kepada Hannah Delisha selepas Nad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan paru-paru.
   

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana Megat

  
7. Secara ringkas, plot cerita ini berkisarkan percintaan yang diuji apabila Aleya, gadis jelita dari latar belakang keluarga sederhana jatuh cinta dengan Syed Adam Aizril, anak kepada seorang tokoh korporat terkenal yang juga rakan sekuliahnya di sebuah universiti di United Kingdom.
  
8. Plot penceritaan novel pertama dan kedua Andai Itu Takdirnya digabungkan sekali untuk penghasilan siri berjumlah 60 episod itu.
   

Kredit foto: Instagram Esma Daniel

  
9. Daripada karya Siti Rosmizah, terdapat lagi 9 adaptasinya yang pernah dihasilkan iaitu 7 Hari Mencintaiku, 7 Hari Mencintaiku 2, Rindu Awak Separuh Nyawa, Cukup Derita Itu, Curi-Curi Cinta, Jangan Menangis Cinta, Lafazkan Kalimah Cintamu, Cinta Kau Dan Aku dan Takdir Itu Milik Aku (akan datang).
   

Kredit foto: Instagram Siti Rosmizah

  
10. Dugaan penggambaran, pada awal tahun ini Siti Rosmizah terpaksa menerima rawatan di ICU di sebuah pusat perubatan ekoran jangkitan COVID-19.
  
Tetapi dalam pada itu, apa kata anda menonton drama yang baru sahaja ditayangkan di slot Megadrama iaitu Akira Khan. Untuk maklumat lanjut mengenai siri ini, anda boleh baca artikel berikut: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akira Khan
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)