Oleh pada 01 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Drama berepisod Setelah Terlafaznya Akad Musim 2 yang akan menemui penonton di slot Megadrama, Astro Ria bermula 1 Jun 2022 ini antara karya yang dinanti-nantikan penonton.

Siri ini adalah adaptasi daripada novel popular tulisan Anna Milia menyusuli tayangan Jangan Menangis Cinta yang terlebih dahulu melabuhkan tirai.

setelah terlafaznya akad

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Sinopsis

Suka duka kehidupan dalam alam perkahwinan Hanan (Kamal Adli) dan Nawal (Uqasha Senrose) selepas disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Itu tandanya jodoh mereka yang kuat, namun terikat dengan rasa cemburu yang menjadi lumrah dalam kehidupan suami isteri.

Di kala mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran Khalil yang sering berkunjung ke kafe. Lelaki itu membuatkan Hanan berasa tergugat, ditambah dengan kemunculan Cikgu Zaki (Talha Harith) yang tidak kurang segaknya.

Berlaku sebaliknya, timbul rasa cemburu dan curiga Nawal apabila Hanan selalu memuji Qaseh, si tukang masak kafe yang 'meletops'.

Pelbagai jenis dugaan dan ujian yang dilalui mereka selepas terlafaznya akad kedua ikatan yang suci sebagai suami isteri. Namun mereka belajar menjadi pasangan yang hampir sempurna ketika berdepan ujian perkahwinan yang datang dari segala arah, agar akad kedua ini menjadi yang terakhir.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Setelah Terlafaznya Akad Musim 1 (Slot Megadrama Astro Ria)

pelakon setelah terlafaznya akad

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Menampilkan pasangan sensasi pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose dengan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Zeera Azizi, Talha Harith, Adam Shahz, Nasz Sally, Elyas Abdullah, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Hamidah Wahab, Seha Monica dan Syahiera Abu Hasan.

Watak Pelakon

Kamal Adli sebagai Hanan

Uqasha Senrose sebagai Nawal

Zeera Azizi sebagai Hani

Talha Harith sebagai Zaki

Adam Shahz sebagai Mus

Nasz Sally sebagai Habibah

Sharifah Shahora sebagai Nafisah

Normah Damanhuri sebagai Tok Ma

Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah

Seha Monica sebagai Haryati

Syahiera Abu Hasan sebagai Milah

sinopsis setelah terlafaznya akad

Kredit foto: Instagram Musyi

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah penerbitan Juita Viden Sdn Bhd, arahan oleh pengarah prolifik Michael Ang ini sebuah karya nukilan skrip Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan Atilia Azhar.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Dato Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana

Tajuk: Anta Permana

Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong

Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

drama setelah terlafaznya akad

Kredit foto: Instagram Sharifah Shahora

Waktu Siaran

Jangan ketinggalan menyaksikan Setelah Terlafaznya Akad 2 mulai 1 Jun 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot Megadrama, Astro Ria (saluran 104).

Siri yang diterbitkan sebanyak 20 episod ini juga boleh ditonton di platform online, aplikasi Astro GO dan On Demand di Astro Box.

Baca: 10 Drama Adaptasi Novel Melayu Terbaru 'Best' 2021 / 2022, Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: [Episod Penuh] Setelah Terlafaznya Akad 2 - Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)