Oleh pada 20 Dec 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

'Saat Kau Takluk Cinta Ini' merupakan sebuah drama adaptasi novel karya oleh Sara Hezra yang akan datang di saluran TV3 bermula 20 Disember 2021.

Bakal dimuatkan dalam slot Samarinda menyusuli drama Cukup Derita Itu Musim 2, siri Malaysia terbitan tahun 2021 ini menampilkan pelakon Idris Khan dan Intan Najuwa sebagai bintang utama.

novel saat kau takluk cinta ini

Kredit foto: Instagram Idris Khan

Sinopsis

Haira Melissa (Intan Najuwa) dituduh merampas tunang adik tirinya. 'Insiden' itu membuatkan dia dibuang keluarga!

Ketika membawa diri ke sebuah kampung, Haira menumpang teduh di sebuah pondok kebun pisang yang kemudian menemukannya dengan Rahhal (Idris Khan).

Rahhal, seorang jejaka berkelulusan luar negara yang pulang ke kampung halaman demi menjaga kebajikan ibunya, Hajah Damiah (Wan Maimunah) yang menderita strok.

Kini Rahhal mengerjakan kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya, lantas melupakan cita-cita dan peluang pekerjaan yang diterimanya di ibu negara.

Konflik melanda Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah selepas dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah (Aleza Shadan) dan anaknya, Fakhril (Syazwan Zulkifly).

Fakhril memang cukup lama berdendam dengan Rahhal dan sangat ingin menjatuhkannya.

Sementara itu, hubungan cinta Rahhal dengan Haira berputik selepas Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal mengambil berat perihalnya.

Ketika Rahhal bersedia untuk melamar, Haira menerima meskipun dia dalam masa sama sedang menyimpan sebuah rahsia.

Haira berbohong tentang banyak perkara kepada Rahhal tetapi rasa cintanya bukanlah sebuah pembohongan.

Apabila Rahhal sedar kepercayaannya dikhianati, Rahhal menoktahkan hubungan mereka.

Haira kini mencari ruang untuk memulihkan kembali cinta yang tercipta lalu memujuk hati jejaka yang dicintainya itu.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod 28 Hari Mencari Cinta (Slot Lestary TV3)

pelakon saat kau takluk cinta ini

Kredit foto: Instagram Kembara Sufi Production

Pelakon / Cast

Diterajui gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa, serta lakonan bersama Wafariena Roslan, Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Wan Maimunah, Farhan Asri, Jasmin Hamid, Edika Yusof, Aleza Shadan, Zarynn Min, Raja Azmi dan Raja Baizura.

Juga menampilkan Sri Idrina, Qazeem Nor, Ariell Izz, Zul Salleh, Asyiqin Zaed, Jeri Ariffin, Abdul Hadi Ibrahim, Nurhazirah Zulkifli dan Saifullah Mohd Ghazali.

Baca: Biodata Idris Khan

Baca: Biodata Intan Najuwa

Baca: Biodata Wafariena Roslan

Baca: Biodata Syazwan Zulkifly

Baca: Biodata Farhan Asri

drama saat kau takluk cinta ini

Kredit foto: Instagram Kembara Sufi Production

Watak Pelakon

Idris Khan sebagai Rahhal

Intan Najuwa sebagai Haira Melissa

Wafariena Roslan sebagai Kamelia

Shakilla Khoriri sebagai Khadijah

Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril

Farhan Asri sebagai Rafael

Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah

Jasmin Hamid sebagai Datin Normah

Edika Yusof sebagai Dato Zhar

Wan Maimunah sebagai Hjh Jamiah

Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah

Qazeem Nor sebagai Hamad

Raja Baizura sebagai Puan Sally

Ariell Izz sebagai Faizal

Sri Idrina sebagai Ezaty

Raja Azmi sebagai Mak Jah

Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin

Asyiqin Zaed sebagai Nelly

Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan

Nurhazirah Zulkifli sebagai Syasya

Abdul Hadi Ibrahim sebagai Azwan

Saifullah Mohd Ghazali sebagai Gazi

sinopsis saat kau takluk cinta ini

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd yang mendapat sentuhan pengarah Zamri Zakaria, daripada naskhah oleh penulis skrip Eja Lorena.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Takluk Cinta

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, John Jeeves

Penulis lirik: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, John Jeeves

Takdir - Aliff Iskandar

Hebatnya Rasa Bercinta - Lakaa Idris

saat kau takluk cinta ini episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Membuka tirai menerusi tayangan episod 1 pada 20 Disember 2021, ikuti 15 episod kisah drama Saat Kau Takluk Cinta Ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran TV3.

Drama slot Samarinda ini juga disiarkan online melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari sama selepas tayangan di TV3.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

   

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021

Baca: Info Penuh Anugerah Drama Sangat ADS 2021

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Saat Kau Takluk Cinta Ini

Sumber:

1. Idris Khan & Intan Najuwa Bakal Hangatkan Drama Bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini Di Slot Samarinda TV3

2. Di Sebalik Tabir Saat Kau Takluk Cinta Ini

3. Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini

4. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)