Oleh pada 27 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Slot Lestary terbaharu berjudul Melur Untuk Firdaus, merupakan sebuah drama rantaian yang diadaptasi daripada novel My 'Rude' Wife karya penulis CikNorCinta di bawah penerbitan A-Ten Alliance.

Drama menggantikan siri Do You Love Me Captain ini dijadualkan tayangannya mulai 27 Mei 2022.

my rude wife novel

Kredit foto: Instagram TAEamo CikNorCinta

Sinopsis

Kedua orang tua Firdaus Iskandar (Meerqeen) mahu Firdaus bersetuju dengan rancangan untuk berkahwin dengan Melur (Anna Jobling) yang dirasakan calon yang sesuai.

Namun Firdaus nekad ingin menikahi jodoh pilihannya sendiri iaitu Dee.

Menyedari anak mereka tidak rela dipaksa kahwin, ibu bapa Firdaus memberi tempoh masa 48 jam untuk Dee diperisterikan oleh Firdaus.

Bagaimanapun Dee belum sedia mahu berumah tangga.

Masih setia menanti cintanya berbalas, Melur cuba memikat hati Firdaus dan meletakkan 7 syarat untuk Firdaus agar dia dapat meneruskan hubungan dengan teman wanitanya.

Namun lama kelamaan sikap selamba Melur membuatkan ego Firdaus surut perlahan-lahan.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Melur Untuk Firdaus Season 2 (Slot Akasia TV3)

Baca: 9 Fakta Anna Jobling, Pelakon Drama Berepisod Melur Untuk Firdaus - Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Melur Untuk Firdaus Yang Ramai Tak Tahu!

   

drama melur untuk firdaus

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Melur Untuk Firdaus dibintangi Meerqeen (Hero Remaja) dan Anna Jobling yang akan memainkan watak utama, dengan Fimie Don, Nisa Idrus, Hairi Safwan, Hani Nazrina, Azhar Amir, Kuna Muzani, Taib Zamannuri dan Zainol Ismail menyertai barisan pelakon sebagai watak tambahan.

Watak Pelakon

Meerqeen sebagai Firdaus

Anna Jobling sebagai Melur

Fimie Don sebagai Harris Daniel

Nesa Idrus sebagai Deeana Rahilia

Hani Nazrina sebagai Lily

Taib Zamannuri sebagai Raikal

   

sinopsis melur untuk firdaus

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Zamri Zakaria mengarah berpandukan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani Wan Hasan dan A-Ten Alliance Sdn Bhd selaku produksi.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Duka Disebalik Tawa

Penyanyi: Puteri Khareeza

    

melur untuk firdaus episod

Kredit foto: Instagram @simp4meerqeen

Waktu Siaran

Terbaharu di slot Lestary, Melur Untuk Firdaus akan menemui penonton saluran TV3 bermula 27 Mei 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam.

Drama bersiri 28 episod ini juga akan tersedia secara online di perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar Malaysia dan Tonton.

        

Kredit video: Melur Untuk Firdaus | Episod 1 pada 27 Mei, Setiap Rabu - Sabtu 9 malam hanya di TV3




Hakcipta iluminasi.com (2017)