Oleh pada 03 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Dibintangi pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose, drama berepisod bertajuk "Setelah Terlafaznya Akad" adaptasi novel karya Anna Milia merupakan siri TV terbitan tahun 2019 yang mendapat sentuhan Michael Ang selaku pengarah.

Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Megadrama, saluran Astro Ria pada 17 Jun 2019.

setelah terlafaznya akad sinopsis

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Perkahwinan pertama sukar untuk dilupakan Hanan (Kamal Adli), kerana Hani (Zeera Azizi) merupakan insan terawal yang menambat hati dan perasaannya.

Pasrah dipaksa berkahwin dengan Nawal (Uqasha Senrose) atas pilihan — dan ugutan — ibunya, Wan Masitah (Hamidah Wahab), Hanan tidak mampu membuang kisah lalunya bersama Hani dan anak mereka, Qalish selepas bercerai. Perhubungan mereka mendapat tentangan ibu Hanan dan ibu bapa Hani.

Nawal pula reda menerima lamaran Hanan demi sebuah rahsia besar yang disimpan rapi.

Kerana masih mengejar cinta Hani, tanpa sedar Hanan telah menyakitkan hati bidadarinya, Nawal, isterinya yang banyak berkorban dan terluka.

Selepas menceraikan Nawal, barulah penyesalan Hanan terungkap. Hanan tersedar pengorbanan Nawal yang cukup hebat sebagai seorang isteri, walau tidak sempurna namun telah melengkapkan kehidupannya.

Hanan memutuskan untuk memenangi semula hati Nawal. Rasa rindunya bertukar menjadi satu misi bagi mendampingi Nawal kembali.

Nawal bersikap dingin dan degil biarpun bermacam cara Hanan memujuk. Keadaan menjadi rumit apabila Nawal mendapati dirinya mengandungkan zuriat Hanan.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Setelah Terlafaznya Akad Musim 2 (Slot Megadrama Astro Ria)

setelah terlafaznya akad 2 97

Kredit foto: Instagram Syam Yusoff

Pelakon / Cast

Gandingan dua pelakon utama diminati ramai iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose, bersama-sama dengan barisan pelakon yang hebat lain seperti Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Nadya Syahera, Zul Helmy, Azza Suaymi, Erwin Shah Dawson, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Ikhram Juhari, Norlia Ghani, Azhar Amir, Hamidah Wahab, Rashdan Baba dan Khaty Azean.

Watak Pelakon

Kamal Adli sebagai Hanan

Uqasha Senrose sebagai Nawal

Zeera Azizi sebagai Hani

Alif Muhaimin sebagai Roslan

Zul Helmy sebagai Hairuddin

Azza Suaymi sebagai Diyan

Nadya Syahera sebagai Milah

Erwin Shah Dawson sebagai Dr Ahmad

Natasha Elyzza sebagai Yana

Ikhram Juhari sebagai Rafiz /Razif

Sharifah Shahora sebagai Nafisah

Norlia Ghani sebagai Tokma Rogayah

Rashdan Baba sebagai Megat Haris

Azhar Amir sebagai Khalid

Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah

Khaty Azean sebagai Kasmah

setelah terlafaznya akad episode

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan sutradara terkenal, Michael Ang terbitan Juita Viden Production Sdn Bhd dengan sokongan penulis skrip, Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan Atilia Azahar.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Dato Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana

Tajuk: Anta Permana

Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong

Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

drama setelah terlafaznya akad 80

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Waktu Siaran

Melalui slot MegaDrama, 28 episod Setelah Terlafaznya Akad ditayangkan pada 17 Jun 2019 hingga 1 Ogos 2019 (Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam) di Astro Ria, saluran 104 dan kandungan online melalui aplikasi Astro GO dan On Demand di Astro Box.

Baca: 10 Drama Adaptasi Novel Melayu Terbaru 'Best' 2021 / 2022, Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: Setelah Terlafaznya Akad - Tayangan Perdana Episod 1 - Bermula 17 Jun 2019




Hakcipta iluminasi.com (2017)