Oleh pada 06 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Andai Itu Takdirnya adalah sebuah drama bersiri Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2023 dan diarahkan oleh pengarah Jamal Khan. Drama ini dibintangi oleh pasangan utama Shukri Yahaya dan Hannah Delisha dan diadaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah Semail, Andai Itu Takdirnya 1 dan 2. Anda boleh menontonnya di saluran Astro Ria menerusi slot Megadrama bermula pada 6 Mac 2023, selepas tamatnya siri Akira Khan.

   

andai itu takdirnya drama 194

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

"Keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan adalah segalanya. Sekali hancur dan hilang, ia akan melukai manusia selamanya".

Meskipun berasal daripada keluarga sederhana, Aleya telah jatuh cinta pada Syed Adam Aizril, anak kepada seorang tokoh korporat dan rakan kuliahnya semasa di universiti di United Kingdom. Syed Aiziril terkenal di kalangan wanita kerana rupa paras dan penampilannya yang menarik, namun dia hidup dalam kemewahan dengan sikap sombong dan merendahkan orang lain.

Satu insiden yang tidak disengajakan telah menyatukan Syed Aizril dan Aleya apabila mereka diperangkap oleh Faizal sehingga ditangkap khalwat. Syed Aizril menuduh bahawa Aleya telah merancang semua itu sebagai muslihat untuk hidup senang. Mereka kemudian disatukan dalam satu majlis perkahwinan yang sederhana.

Walaupun berasa kecewa, bapa Aleya iaitu Encik Idris tetap hadir untuk mewalikan anaknya, begitu juga ibu bapa Syed Aizril. Namun, Puan Sri Sharifah Aishah, ibu Syed Aizril begitu membenci Aleya, begitu juga dengan ibu saudaranya, Sharifah Rosnah. Manakala sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin yang sepatutnya dijodohkan dengan Syed Aizril, berasa kecewa.

Aleya bermula hidup sebagai isteri kepada Syed Aizril, telah diseksa oleh lelaki itu sehingga suaminya mengalami kemalangan yang mengubah keperibadiannya. Syed Aizril menyesal atas segala kesalahannya terhadap Aleya, dan meskipun pernah menyeksa kehidupannya tanpa belas, Aleya memaafkan demi cinta dan kebahagiaan anak-anak. Selepas menghadapi pelbagai dugaan dalam perkahwinan mereka, akhirnya Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama.

Lapan tahun berlalu, Sharifah Azreen kembali dalam hidup Syed Aizril dengan hasrat untuk memiliki cinta lelaki itu. Perkahwinan antara Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila hati Syed Aizril bergolak di tangan Sharifah Azreen.

Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan hingga pada saat ini, Aleya sudah terluka terlalu dalam hingga hatinya sudah mati. Perasaan Aleya terhadap Syed Aizril mula hilang.

Andai Itu Takdir-Nya, Aleya redha. Adakah Aleya mampu memberikan peluang kedua kepada Syed Aizril? Atau seharusnya dia melupakan lelaki itu dan terus hidup sendirian tanpa cinta?

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Andai Itu Takdirnya Yang Ramai Tak Tahu! 

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Imam Instant Ustazah Scammer (Astro Ria)

sinopsis andai itu takdirnya 891

Kredit foto: Instagram @littleangelsflorist.co

   

Pelakon / Cast

Dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama dalam dunia seni lakonan Malaysia, siri ini mempersembahkan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha sebagai watak utama, yang turut dibantu oleh gabungan Dayang Areeda, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail, Atikah Suhaime, Hariz Hamdan, Fahrin Ahmad, Razman Mahayuddin, Haziq Nazimuddin, Erry Putra, Aiman Badrul, Nur Dhia Irdina, Rayyan Mikail, Aida Khalida, Esma Daniel, Safura Yaacob, Zulkifli Ismail, Laila Nasir dan Kamal Bakar, sebagai peranan tambahan.

Watak Pelakon

Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril

Hannah Delisha sebagai Aleya

Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin

Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah

Idzham Ismail sebagai Ikram

Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen

Hariz Hamdan sebagai Azhar

Razman Mahayuddin sebagai Faizal

Haziq Nazimuddin sebagai Rudy

Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim

Erry Putra sebagai Idham

Aida Khalida sebagai Puan Sri Syarifah Aisyah

Esma Daniel sebagai Syed Rahim

Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abas

Safura Yaacob sebagai Puan Ramlah

Aiman Badrul sebagai Darwin

Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya

Rayyan Mikail sebagai Dany

Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah

Kamal Bakar sebagai Encik Idris

   

novel andai itu takdirnya

Kredit foto: Instagram Hariz Hamdan

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Skrip adaptasi ini telah ditulis oleh Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Ali, dan disutradarai oleh pengarah Jamal Khan. Produksinya dikelola oleh syarikat penerbitan SR One Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Vanessa Reynauld - Andai Itu Takdirnya (OST "Andai Itu Takdirnya") | Official Music Video

Lagu Pembukaan

Tajuk: Andai Itu Takdirnya

Penyanyi: Vanessa Reynauld

Komposer: Ejai Aziz, Kelana

Penulis lirik: Siti Rosmizah

Lagu Penutup

Tajuk: Takdir Cinta Kita

Penyanyi: Asfan Shah & Erin CTJ

Komposer: Asfan Shah

Penulis lirik: Siti Rosmizah

   

andai itu takdirnya episode

Kredit foto: Instagram Idzham Ismail

Waktu Siaran

Tayangan siri 'Andai Itu Takdirnya' dengan 60 episod akan menjengah penonton melalui slot Megadrama di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam bermula 6 Mac 2023. Selain itu, penonton juga boleh menyaksikannya secara dalam talian (online) melalui On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk keselesaan menonton yang lebih fleksibel.

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] - Andai Itu Takdirnya Episode 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)