Oleh pada 21 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Slot Akasia yang menemui penonton TV3 bakal mempersembahkan sebuah lagi drama berepisod baharu berjudul Bisik-Bisik Gelora mulai 21 Mei 2022.

Adaptasi novel karya Fauziah Ashari ini merupakan hasil arahan sutradara Riza Baharudin menggantikan siri 7 Hari Mencintaiku 3.

sinopsis bisik bisik gelora

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Kerana kenakalannya sebagai gadis bandar, Banin Arumi atau Umi (Raysha Rizrose) dihantar bapanya, Tuan Akalil ke rumah neneknya di kampung untuk berubah sikap.

Di sana, Arumi berkenalan dengan Jad Izzuddin (Redza Rosli), seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka.

Satu hari, satu insiden berlaku yang membuat Arumi dan Jad terperangkap. Mereka disatukan atas paksaan selepas ditangkap basah.

Hati Arumi bagai direntap apabila di hari pernikahan mereka, dia kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya.

Arumi tidak dapat menerima hakikat itu nekad untuk membenci Jad yang disalahkannya punca semua musibah itu berlaku. Pada hari sama juga, Jad ditangkap oleh pihak berkuasa untuk menjalani hukuman penjara.

Lantaran itu, Arumi meninggalkan Jad untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas Arumi kembali dari luar negara, dia terlupa akan statusnya yang masih lagi isteri orang.

Menanggung derita dan terbiar tanpa kasih sayang seorang isteri, Jad yang dibebaskan, kembali menemui Arumi dan menuntutnya taat setia kepadanya sebagai seorang isteri.

Baca: 10 Fakta Drama Novel Berepisod Bisik Bisik Gelora Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Raysha Rizrose, Pelakon Drama Novel Berepisod Bisik Bisik Gelora - Yang Ramai Tak Tahu!

drama bisik bisik gelora

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Drama ini mengetengahkan bintang Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama.

Selain dari gandingan watak utama, siri ini juga menampilkan nama-nama popular dalam industri lakonan seperti Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Afifah Nasir, Shakilla Khoriri, Ruminah Sidek, Edika Yusof, Mark Adam, Damia Qaissarah dan Kodi Rasheed.

Watak Pelakon

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin

Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi

Gambit Saifullah sebagai Fakhri

Hafidz Roshdi sebagai Wari

Afifah Nasir sebagai Nada

Shakilla Khoriri sebagai Juni

Kodi Rasheed sebagai Yahya

Ruminah Sidek sebagai Nek Muya

bisik bisik gelora episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin, manakala nukilan skrip oleh Intan Zarina Mohd Yasin.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Marsha Milan - Cinta (OST Masih Ada Rindu)

Tajuk: Cinta

Penyanyi: Marsha Milan Londoh

Komposer: Bunga Cantik , Hang Nadim

Penulis lirik: Hang Nadim

pelakon bisik bisik gelora

Kredit foto: Instagram Am Izham

Waktu Siaran

Drama Bisik Bisik Gelora menemui penonton setia drama slot Akasia di saluran TV3 bermula 21 Mei 2022 ini pada pukul 7 malam, setiap hari Isnin hingga Ahad.

Peminat juga boleh menonton siri 35 episod ini secara online pada perkhidmatan penstriman video OTT, Disney+ Hotstar Malaysia.

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2021 / 2022 Yang 'Best', Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: Bisik-Bisik Gelora | Episod 1 pada 21 Mei, Setiap Isnin - Ahad 7 malam hanya di TV3




Hakcipta iluminasi.com (2017)