Oleh pada 16 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Kerana Aku Isteri Bidaan merupakan siri televisyen drama Malaysia yang disiarkan mulai 16 Mei 2022.

Drama menggantikan Khilaf Asmara diadaptasi daripada novel bertajuk sama, karya Tulip Ungu ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd untuk rangkaian TV3 (slot Samarinda).

sinopsis kerana aku isteri bidaan

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Raina (Scha Elinnea) yang memfitnah Farel (Hisyam Hamid), melarikan diri daripada suami yang baru dikahwininya itu.

Kerana percayakan janji manis kekasih hati, Aznor (Wanns Ahmad), dia kini terperangkap dalam dunia GRO selepas dijual Aznor.

Sementara Farel yang membesar dengan ibu angkatnya, Juwita (Lydiawati), dihalau dari rumah selepas difitnah ingin menodai adik angkatnya, Miara (Silfeny Osman).

Farel berhijrah ke rumah bapa kandungnya yang pernah membuangnya dahulu. Dia kini menjadi pewaris harta kemewahan bapanya yang tidak lama kemudian meninggal dunia.

Suatu hari Raina dikejutkan dengan kehadiran Farel sebagai pelanggan yang harus dilayannya. Farel pernah menjadi mangsa fitnah Raina serta ditinggalkan pada malam pernikahan mereka, namun lelaki itu kini tampil membidanya.

Farel ingin membebaskan Raina dari kancah maksiat dan memberikan perlindungan kepadanya, tetapi tidak lama kemudian Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya, Emad (Ellyas Abdullah).

Farel merasakan bahawa dirinya dikhianati kerana Raina masih melakukan perbuatan terkutuk itu.

Farel hilang sabar dan mahu menjual kembali Raina kepada bapa ayam.

Raina merayu kepada Farel. Dia minta diceraikan atau sanggup dijual pada Emad, asal tidak kembali ke sarang asalnya.

Air mata Raina gugur meraih simpati Farel. Apakah tindakan Farel yang seterusnya?

Baca: 10 Fakta Scha Elinnea, Pelakon Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Drama Novel Berepisod Kerana Aku Isteri Bidaan Yang Ramai Tak Tahu!

kerana aku isteri bidaan episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Persembahan lakonan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea selaku pemegang peranan utama, di samping watak-watak sampingan yang dijayakan oleh Ellyas Abdullah, Wanns Ahmad, Syafnida Shuhaimi, Syarul Ezani, Jalaludin Hassan, Lydiawati, Esma Daniel, Silfeny Osman, Cahaya Nilam, Hazeeq Dean (Hero Remaja), Jasper Supayah, Nina Nadira, Natasya Mahyan, Helvera Esmond dan Zuhairi Ibrahim.

Watak Pelakon

Hisyam Hamid sebagai Farel Zafeeq

Scha Elinnea sebagai Raina Badrina

Ellyas Abdullah sebagai Emad Al Faheed

Wanns Ahmad sebagai Aznor

Syafnida Shuhaimi sebagai Riyanita

Silfeny Osman sebagai Miara

Syarul Ezani sebagai Andrian

Hazeeq Dean sebagai Hakim

Cahaya Nilam sebagai Wardina

Jasper Supayah sebagai Nana

Nina Nadira sebagai Soleha

Lydiawati sebagai Juwita

drama kerana aku isteri bidaan

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Rahim Zali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah untuk drama terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd ini yang diilhamkan oleh Shuhadatul Ain Zakaria selaku penulis skrip.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Duhai Hati

Penyanyi: Zazo Maulana

Komposer: Ikhwan Fatanna, Wan Saleh

Penulis lirik: Ikhwan Fatanna, AAR

pelakon kerana aku isteri bidaan

Kredit foto: Instagram Esma Daniel

Waktu Siaran

'Kerana Aku Isteri Bidaan' yang terdiri daripada 20 episod, ditayangkan bermula 16 Mei 2022 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam di slot Samarinda, saluran TV3, selain juga terdapat pada perkhidmatan penstriman online, iQiyi Malaysia.

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2021 / 2022 Yang 'Best', Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: Di Sebalik Tabir Kerana Aku Isteri Bidaan | Episod 1 Pada 16 Mei 2022

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Kerana Aku Isteri Bidaan

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)