Oleh pada 15 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Bidadari Salju merupakan sebuah drama Malaysia 2020 hasil sentuhan pengarah Reza Badarudin, terbitan produksi A.Aida Production.

Karya adaptasi novel tulisan Mia Kiff ini menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. Menemui penonton Slot Akasia TV3 mulai 15 Disember 2020 bagi menggantikan siri Cinta Sekali Lagi.

   

drama bidadari salju

Kredit foto: Instagram Nazrief Nazri

    

Sinopsis

Kerana penampilan yang selekeh, berwajah hodoh dan miskin, Kayra (Sweet Qismina) menjadi mangsa buli di sekolah.

Lebih malang apabila Hariz (Adam Lee), seorang pelajar senior turut membenci dirinya, hingga sanggup melemparkan kata-kata fitnah yang menyebabkan Kayra dipulaukan bapa sendiri termasuk masyarakat.

Lapan tahun kemudian, Kayra membesar sebagai seorang wanita yang berjaya dalam hidup.

Namun di hatinya masih tersimpan dendam yang mendalam pada kaum lelaki gara-gara kisah silam yang dilalui.

Hariz kembali dalam hidup Kayra, namun kali ini dengan rasa bersalah mengenangkan dosa silamnya pada wanita itu.

Lebih daripada itu, Hariz turut menyimpan rasa cinta pada Kayra dan berusaha untuk memenangi hatinya semula.

    

bidadari salju novel

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

   

Pelakon

Gandingan utama Adam Lee dan Sweet Qismina.

Barisan pelakon pembantu terdiri daripada Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Chacha Maembong, Nazrief Nazri, Jaja Iliyes, Fimie Don, Zaki Azeman, Siti Khadijah, Aqil Taqeeuddin, Silfeny Osman, Damia Qaissarah, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Lisdawati, Lan Zailan, Rosnah Johari, Nizam Kama dan Zulkifli Ismail.

    

Baca: Biodata Adam Lee

Baca: Biodata Sweet Qismina

Baca: Biodata Syazuwan Hassan

Baca: Biodata Jasmine Suraya

Baca: Biodata Chacha Maembong

Baca: Biodata Nazrief Nazri

Baca: Biodata Jaja Iliyes

Baca: Biodata Fimie Don

Baca: Biodata Zaki Azeman

Baca: Biodata Siti Khadijah

Baca: Biodata Aqil Taqeeuddin

   

bidadari salju

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada produksi A. Aida Production Sdn Bhd menerusi arahan sutradara Reza Badarudin.

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Mimpi

Penyanyi: Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli, Dato' A.Aida

Penulis lirik: Haqiem Rusli, Dato' A.Aida

  

bidadari salju episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Siaran slot Akasia TV3 selama 28 episod mulai 15 Disember 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Bidadari Salju

   

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Di Sebalik Tabir Bidadari Salju

3. Novel Bidadari Salju

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)