Kredit foto: Instagram Rita Nadira

      

Rita Nadira merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama adaptasi novel, Jujurlah Nikahi Aku karya Umie Nadzimah yang dijangka menemui penonton di slot Drama Vaganza di saluran Astro Ria.

Drama rantaian arahan Rashid Sibir itu antara lain dibintangi nama-nama popular seperti Sean Lee, Uyaina Arshad, Raja Azura dan Zaidi Omar.

      

Biodata Rita Nadira

1. Menggunakan nama komersial, Rita Nadira. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 7 Jun 1997.

2. Berkelulusan Ijazah Seni Persembahan (Teater) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

3. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.

4. Kerap menghiasi pentas peragaan, termasuk aktif menjayakan penggambaran kempen fesyen dan halaman fesyen mewakili jenama pakaian dan juga majalah tempatan.

5. Antara lakonannya termasuk menerusi drama Jujurlah Nikahi Aku dan telefilem Kisah Seram Hostel.

6. Laman sosial Instagramnya atas nama @ritanadira_ sehingga kini sudah diikuti lebih 51,000 netizen.

     

Fakta Menarik

  • Adik kepada Rita Suraya yang juga merupakan seorang peragawati.
  • Mempunyai raut wajah Pan Asia yang mana agak berbeza dengan kakaknya yang berkulit sawo matang.
  • Datuk sebelah bapanya merupakan India Muslim, manakala neneknya pula berbangsa Cina. Menganggap dirinya mempunyai kulit cerah kerana mengikut keturunan neneknya.
  • Menjalinkan hubungan cinta dengan aktor muda, Ahmad Ezzrin Loy atau lebih dikenali sebagai Ezzrin Loy yang juga adik kepada aktres Elfira Loy.
  • Merancang untuk mendirikan rumah tangga di usia 27 tahun kelak.

        

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tahu Tahu Mengenai Pelakon Rita Nadira!

Baca: 10 Fakta Pelakon Rita Nadira Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Model Rita Suraya, Kakak Pelakon Rita Nadira

     

Foto

rita nadira

rita nadira umur

drama jujurlah nikahi aku

sinopsis jujurlah nikahi aku

adik rita suraya

rita nadira wikipedia

rita nadira height

rita nadira adik rita rudaini

Kredit foto: Instagram Rita Nadira

      

Sumber:

1. Model Popular Sambil Belajar, Rita Nadira Buktikan Apapun Tak Mustahil Walaupun Sibuk

2. Ezzrin Loy Tayang Kekasih, Peminat Cemburu!

3. The New Super Models: Vanizha, Nadira, Wil

4. Model Malaysia Taraf Antarabangsa Yang Patut Anda Kenali

5. Lagi Selebriti Muda Buktikan Mereka Tidak ‘Kosong’ Malah Educated

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)