Oleh pada 18 Mar 2022 kategori

   

Gandingan Remy Ishak dan Amyra Rosli dalam drama adaptasi novel, Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah Semail, bakal menghangatkan kaca televisyen bermula minggu hadapan.

Ia adalah kolaborasi antara pelakon, pengarah dan penulis skrip yang merupakan nama-nama terbaik dan pemegang reputasi hebat dalam industri lakonan.

Jom semak 10 fakta menarik siri yang dijangka menjadi drama rantaian paling 'berhantu' tahun ini.

10 Fakta Drama Berepisod Jangan Menangis Cinta Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah Semail

sinopsis jangan menangis cinta

Kredit foto: Instagram Sharifah Fathimah Hawra

1. Jangan Menangis Cinta (JMC) diketengahkan dalam slot Megadrama, saluran Astro Ria (104) bermula 21 Mac 2022 hingga 26 Mei 2022 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

novel jangan menangis cinta

Kredit foto: Instagram Sharifah Fathimah Hawra

2. Novel JMC merupakan sebuah karya terbitan tahun 2017.

3. Drama yang diinspirasikan daripada buku tulisan Siti Rosmizah bukanlah asing di platform Astro kerana beberapa naskhahnya sebelum ini pernah dihidangkan di siaran televisyen berbayar berkenaan, iaitu siri Lafazkan Kalimah Cintamu tayangan tahun 2018, Curi-Curi Cinta (2019) dan Rindu Awak Separuh Nyawa (2021).

Kesemuanya cemerlang dengan capaian rating tinggi menjadikan drama-drama ini antara yang diminati ramai dalam sejarah penerbitan Astro.

drama jangan menangis cinta 78

Kredit foto: Instagram Siti Rosmizah

  

4. Menyusul selepas Jangan Menangis Cinta adalah tiga lagi adaptasi novel Siti Rosmizah yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Astro, menerusi perjanjian yang dimeterai antara penulis prolifik itu dan platform penyiaran berkenaan.

Novel-novel lain yang tersenarai termasuklah Andai Itu Takdirnya 1 & 2 menampilkan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar, juga Takdir Itu Milik Aku.

Menemui penonton bermula tahun ini sehingga 2023.

jangan menangis cinta episod 1

Kredit foto: Instagram Mis Aishah

5. Remy menaruh harapan tinggi melihat JMC mencipta kejayaan tersendiri memandangkan jalan cerita yang digarap mempunyai kelainan.

jangan menangis cinta episod

Kredit foto: Instagram Mis Aishah

  

6. Kerana membawa watak Zafran, seorang bapa yang membenci anaknya, Remy berharap agar isterinya tidak hamil buat masa ini kerana takut 'terkenan' pada bayi mereka!

   

pelakon jangan menangis cinta 880

Kredit foto: Instagram Atilia Haron

7. Penggambaran JMC pernah dihentikan seketika pada Januari lalu berikutan Amyra mengalami jangkitan dalam darah. Kini proses penggambaran masih berjalan dan dijangka tamat sebelum Ramadan.

jangan menangis cinta siti rosmizah

Kredit foto: Instagram Mis Aishah

8. Remy menjangkakan karakternya bakal mengundang rasa benci penonton kerana sifat Zafran yang bengis, ego dan membenci anak sendiri.

sinopsis novel jangan menangis cinta

Kredit foto: Instagram Mis Aishah

   

9. Angkara bimbang reaksi penonton, Remy risau jika menjadi mangsa dibaling kuih apabila berkunjung ke bazar Ramadan kelak!

sinopsis drama jangan menangis cinta

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

10. Episod 1 siri ini berkongsi tarikh yang sama dengan dua lagi drama terbaharu Astro iaitu Dendam Seorang Isteri dan Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti pada 21 Mac 2022.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jangan Menangis Cinta (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri (Astro Prima), Adaptasi Siri Korea, Temptation Of Wife

Baca: 12 Drama Melayu Terbaru & Terbaik 2021 / 2022, Wajib Tonton!

Baca: 10 Fakta Pelakon Rita Nadira Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri (Slot Tiara Astro Prima)

         

Kredit video: Tayangan Perdana Jangan Menangis Cinta Episod 1

Sumber:

1. Belum ada rezeki - Remy Ishak

2. Amyra Rosli kena tahan seminggu di wad

3. Empat karya penuh emosi

4. Remy Ishak belum sedia timang anak, takut ‘terkenan’ watak benci kanak-kanak... Bertenang dulu sehingga habis drama

5. “Salah Tengok Agaknya, Isteri Pakai Baju Besar, Bukan Hamil…” - Remy Ishak




Hakcipta iluminasi.com (2017)