Biodata

Nama penuh: Mohammad Zalimei Bin Ishak

Nama popular: Remy Ishak

Tarikh lahir: 11 April 1982

Umur: 36 tahun

Kelahiran: Melaka, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @remyishak

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.8 meter.

2. Dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

3. Di usia 18 tahun, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membantu meringankan ekonomi keluarga terutama membantu adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika itu, Remy pernah tidur dan menumpang teduh di masjid.

4. Akhirnya, seorang teman membantu beliau mendapatkan kerja di Hotel Mandarin Oriental.

5. Pelbagai pekerjaan dicubanya termasuk bekerja sebagai pengemas bilik hotel sebelum diberhentikan kerana kemerosotan ekonomi. Kemudian Remy mendapat peluang berkhidmat sebagai pelayan kelab malam selama dua tahun, lalu mengambil keputusan berhenti kerana mendakwa hatinya tidak tenteram.

6. Diikuti bekerja sebagai pelayan sebuah kafe di KLCC, sebelum menjadi pelayan di hotel lima bintang.

7. Antara pekerjaan lain sebelum bergelar bintang termasuk menjual ikan dan ayam di pasar pagi, menoreh getah, kelindan lori, buruh kasar dan membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.

8. Antara filem yang pernah dibintangi Remy sepanjang penglibatannya dalam dunia seni seperti Comolot, Anak Halal, Duhai Si Pari-Pari, Evolusi KL Drift 2, Cun, Nur Kasih The Movie, Jiwa Taiko, 29 Februari, Hantu Kapcai, Pilot Cafe, Redha, Pulang, Rise: Ini Kalilah dan Langsuir.

9. Pembabitan beliau dalam drama menerusi Sindarela, Awan Dania, Nur Kasih, Cik Serba Tahu, Kekasih Paksa Rela, Dosa: Sacred Sin, Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda.

10. Pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Ummi Nazeera dan Tiz Zaqyah, sebelum akhirnya mengikat tali pertunangan dengan Ezza Yusof yang merupakan seorang usahawan pada Mei 2017.

   

Baca: Biodata Ezza Yusof, Isteri Pelakon Remy Ishak

   

Foto

biodata remy ishak pelakon drama pujaan hati kanda 2

biodata remy ishak pelakon drama pujaan hati kanda 3

biodata remy ishak pelakon drama pujaan hati kanda 4

biodata remy ishak pelakon drama pujaan hati kanda 5

biodata remy ishak pelakon drama pujaan hati kanda 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. New Straits Times

4. Instagram Remy Ishak




Hakcipta iluminasi.com (2017)