Oleh pada 24 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sebuah lagi penceritaan dipaparkan dalam slot Megadrama di Astro Ria. Bermula 23 November 2022, drama Dia Yang Ku Jadikan Suami menemui pengikut siaran slot ini bagi menggantikan siri Kau Vs Aku yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

drama dia yang ku jadikan suami 214

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Masa lalu yang pahit membuatkan Naazneen Fattah (Anna Jobling), seorang gadis berdikari, mempunyai dua personaliti yang berbeza.

Dia seorang yang berlagak dan suka mempermainkan hati lelaki, tetapi bertemu dengan Naim Khair (Malek Mccrone) membuatkan dia tercabar kerana Naim langsung tidak mengendahkannya.

Penolakan Naim membuatkan Naazneen nekad untuk menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah (Abby Nadzri), malah dia sanggup berpisah dengan teman lelakinya demi Naim.

Semasa cuba memerangkap Naim untuk mengahwininya, rancangan jahatnya memakan diri. Kehidupan bersama Naim selepas berkahwin tidaklah semudah yang disangka.

Terbongkar segala rahsia buruknya terhadap suaminya, dan walaupun dia sudah insaf dan mula berubah menjadi isteri solehah, tiada siapa yang sudi mendengar penjelasan dan kekesalannya, lantas bolehkah Naim menerimanya semula.

Baca: Biodata Pelakon Malek Mccrone

Baca: Biodata Pelakon Syazlin Zainal

pelakon dia yang ku jadikan suami

Kredit foto: Instagram Malek Mccrone

Pelakon / Cast

Drama siri ini menampilkan Malek Mccrone bergandingan bersama Anna Jobling sebagai peneraju watak utama, selain membariskan pelakon berbakat tanah air seperti Syazlin Zainal, Abby Nadzri, Fiza Thomas, Shah Rezza, Sefik, Reza Hasbi, Raja Azmi, Kuna Muzani, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Farah Wahida dan Ismail Yaacob.

Watak Pelakon

Malek Mccrone sebagai Naim Khair

Anna Jobling sebagai Naazneen Fattah

Syazlin Zainal sebagai Hanna

Abby Nadzri sebagai Hidayah

Sefik sebagai Kapten Adriz

Reza Hasbi sebagai Wan Aakif

Raja Azmi sebagai Anisah

Anne Abdullah sebagai Hasanah

Farah Wahida sebagai Arwin Raisha

Zulkifli Ismail sebagai Adnan

sinopsis dia yang ku jadikan suami

Kredit foto: Instagram Malek Mccrone

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diproduksi Elite Forsure Sdn Bhd dan Global Station Sdn Bhd, ditulis oleh Wan Mahani Wan Hassan dan diarahkan oleh Harris Fadzillah.

Sebuah karya adaptasi novel berjudul sama karya penulis Rinsya Chasiani.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Elizabeth Tan & Hazama - Beku (Official Music Video)

Tajuk: Beku

Penyanyi: Elizabeth Tan & Hazama

Komposer: John Jeevasingham, Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: Firdaus Rahmat

dia yang ku jadikan suami episode

Episod 1 Dia Yang Ku Jadikan Suami menemui penonton pada 23 November 2022. Kredit foto: Instagram Malek Mccrone

Waktu Siaran

Siri 13 episod slot Megadrama, Astro Ria (saluran 104) ini telah memulakan siaran sulungnya pada 23 November 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam. Juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.




Hakcipta iluminasi.com (2017)