Oleh pada 10 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Bunga Hati adalah sebuah drama terkini Malaysia terbitan tahun 2022 yang bakal mengisi slot Megadrama, bersama gandingan pelakon Intan Najuwa, Redza Rosli dan Erwin Dawson.

Adaptasi novel karya Liza Zahira itu menggunakan khidmat pengarah Jamal Khan. Episod 1 disiarkan pada 10 Januari 2022 bagi menggantikan siri Jangan Ganggu Jodohku.

bunga hati drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Membawakan kisah cinta tiga hati antara Dilaila (Intan Najuwa), Amer (Redza Rosli) dan Joshua (Erwin Dawson).

Dilaila, seorang gadis miskin yang dibenci ibunya dan mempunyai seorang abang cacat. Dia dalam jerat percintaan tiga segi antara kekasih pertama dan seorang doktor jutawan.

Kisah bermula apabila cinta pertama yang membawa Dilaila dalam dilema.

Janji cintanya bersama Amer musnah di pertengahan jalan, akibat dendam yang tidak terlerai. Dilaila reda dengan suratan yang tertulis.

Namun perkenalannya dengan seorang doktor bernama Joshua memberikan sinar baharu.

Tidak lama selepas mencipta bahagia, hubungan mereka pula bagaikan tergantung apabila Joshua memutuskan untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Demi mengubat hati yang sepi, Dilaila mengejar cita-cita menjadi seorang wanita yang berjaya.

Ketika hampir melupakan soal cinta, muncul lelaki yang tidak terduga ingin membahagiakannya sebagai kekasih.

Dilaila kini dilema mengatur pilihan kerana apa yang dicarinya hanyalah sebuah cinta sebenar serta dirinya enggan lagi dilukai.

   

sinopsis bunga hati

Kredit foto: Instagram Nafiez Zaidi

Pelakon / Cast

Diterajui barisan pelakon utama terdiri daripada Redza Rosli, Intan Najuwa dan Erwin Dawson.

Lain-lain pelakon yang terlibat ialah Nafiez Zaidi, Fify Azmi, Fazziq Muqris (Hero Remaja), Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Lydiawati, Halmey Hamdah dan Zulkifli Ismail.

Baca: Biodata Redza Rosli

Baca: Biodata Intan Najuwa

Baca: Biodata Erwin Dawson

Baca: Biodata Nafiez Zaidi

Baca: Biodata Fify Azmi

Baca: Biodata Fazziq Muqris

Watak Pelakon

Intan Najuwa sebagai Dilaila

Redza Rosli sebagai Amer

Erwin Dawson sebagai Joshua

Nafiez Zaidi sebagai Luqman

Fify Azmi sebagai Jessila

Fazziq Muqris sebagai Farizan

Fauziah Ahmad Daud sebagai Salimah

Lydiawati sebagai Noraini

Zulkifli Ismail sebagai Razak

Halmey Hamdah sebagai sebagai Datuk Sulaiman

bunga hati episod

Kredit foto: Instagram Zulkifli Ismail

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd, arahan oleh sutradara Jamal Khan dan Che Mie. Nukilan penulis skrip Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Alì.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Berakhirlah Pencarianku - Hafiz Suip & Ernie Zakri | Official Music Lyric

Tajuk: Berakhirlah Pencarianku

Penyanyi: Hafiz Suip & Ernie Zakri

Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Penulis lirik: Dato' A.Aida

novel bunga hati

Kredit foto: Instagram Fazziq Muqris

Waktu Siaran

Bersiaran selama 20 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam bermula 10 Januari 2022, dalam kandungan slot Megadrama yang ke udara secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) - selain boleh distrim online menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai pilihan alternatif.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: FULL EPISODE BUNGA HATI - Episod 1

Sumber:

1. Bambam Studios

2. Zeel Production

3. Novel Bunga Hati




Hakcipta iluminasi.com (2017)