Kredit foto: Instagram Fiza Thomas

     

Fiza Thomas merupakan antara pelakon yang bakal menghiasi drama bersiri, Syurga Untukmu, sebuah naskhah garapan Ayie Mustafa.

Antara lain, siri baharu Slot Samarinda TV3 itu menampilkan Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Julia Farhana Marin, Ameerul Asyraf, Azza Elite, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Rahhim Omar, Sefik dan Ummar Dzariff.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya Nur Hafizah Longkip @ Thomas.
  • Menggunakan nama komersial, Fiza Thomas.
  • Berumur 27 tahun (2020).
  • Berasal dari Sabah.
  • Bakatnya dikesan daripada rancangan pencarian bakat nyanyian, Akademi Fantasia 2016 (AF2016) musim ke-13 yang turut melahirkan penyanyi Ara Johari, Amir Masdi, Amal (OAG), Jasper Supayah, Isyariana dan Isa Khan.
  • Bekas penuntut Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang tarian.
  • Pernah merakamkan single berjudul Teruskan ciptaan Omar K dan Hael Husaini sebaik menamatkan perjuangan di AF2016.
  • Kemunculannya di layar kaca menerusi drama Bini Aku Dari Neraka, Pemuja Rahsia, Syurga Untukmu dan Malek.
  • Pembabitannya dalam teater, antaranya menerusi pementasan Ola Bola, Bangsawan Dendam Laksamana dan Mud The Musical.

    

Fakta Menarik

  • Pernah dikenali sebagai Afi AF2016 sebelum bertindak menukar nama pentasnya kepada 'Fiza Thomas'.
  • Namanya mula menjadi sebutan selepas menjayakan peranan watak Soraya dalam iklan 'Rendang SoRaya' daripada Petronas bersempena Aidilfitri 2019 .
  • Merupakan sebahagian daripada keluarga besar Enfiniti Academy yang dinaungi Puan Sri Tiara Jacquelina.
  • Mengagumi Tiara Jacquelina yang diletakkannya sebagai idola.
  • Menyimpan impian untuk merakamkan single hasil kerjasama daripada komposer popular masa kini seperti Hael Husaini, Amylea Azizan dan Ezra Kong.
  • Sering menghadiri ujibakat lakonan drama televisyen, walaupun rezekinya lebih berpihak kepada produksi iklan.
  • Mendedahkan dirinya sering menjadi pilihan kedua dan pelakon ganti dalam drama yang dibintangi.

    

Foto

fiza thomas

instagram fiza thomas

profil fiza thomas

wikipedia fiza thomas

sinopsis drama syurga untukmu

Kredit foto: Instagram Fiza Thomas

    

Video

Kredit video: #PETRONAS Raya 2019 – Rendang SoRaya

    

Sumber:

1. Fiza Thomas lebih sesuai

2. Suka tiga dalam satu

3. Terus belajar mantapkan kerjaya

4. Fiza merajuk 50 peratus

5. Jarang Dapat Tawaran Berlakon, Fiza Thomas Kecil Hati?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)