Kredit foto: Instagram Rita Nadira

Kerana Dia Suka, drama lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira yang bersiaran di slot Lestary TV3 sejak 9 Mac lalu, mendapat perhatian dan respon positif daripada penonton dan pengguna media sosial.

Siri inspirasi novel karya Marissa ini juga turut memperlihatkan penampilan barisan pelakon terkenal, antaranya Nafiez Zaidi, Rozita Che Wan, Nasha Aziz, Trisha Ooi, Aidit Noh, Shah Khan, Harris Annuar, Nina Smith dan Mimi Ernida.

Difahamkan, Rita juga bakal membuat kemunculan dalam sebuah lagi drama adaptasi novel, tulisan Siti Rosmizah Semail iaitu Jangan Menangis Cinta, lakonan bersama Remy Ishak, Amyra Rosli, Halim Radzi, Wanns Ahmad, Amanda Amry, Fiza Thomas, Idzham Ismail dan Atilia Haron.

Ia dijadualkan ke udara menerusi slot Megadrama, saluran Astro Ria pada 21 Mac 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Sementara menantikan siri yang dijangka mencetuskan fenomena ini, jom semak dahulu 10 fakta menarik mengenai pelakon meningkat naik, Rita Nadira yang tidak begitu diketahui rata-rata peminat.

10 Fakta Menarik Rita Nadira, Adik Rita Suraya, Pelakon Drama Kerana Dia Suka Dan Jangan Menangis Cinta

keluarga rita nadira

1. Rita Nadira mempunyai kelulusan pengajian daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana, Shah Alam.

adik beradik rita nadira 648

2. Beliau terkenal dengan lakonan watak-watak antagonis atau jahat, antaranya menerusi drama Ayahanda, Tak Sempurna Mencintaimu, Kisah Seram Hostel dan Jujurlah Nikahi Aku.

pelakon kerana dia suka

3. Tidak sekadar itu, Rita juga pernah membintangi siri Juliet, Kerana Dia Suka, Jangan Menangis Cinta, Jamu Nesan dan drama pendek, Bunga's Secret Garden.

adik rita suraya 149

4. Beliau mengasah bakat lakonan dengan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh primadona, Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

jangan menangis cinta

   

5. Memasuki bidang lakonan sejak hujung tahun 2019, Rita dalam masa sama masih mengekalkan kariernya di pentas peragaan. Penampilan sulungnya adalah menerusi telefilem Kisah Seram Hostel yang juga dijayakan aktres Janna Nick dan Wafariena Roslan.

   

drama jangan menangis cinta

6. Pembabitan sebagai pelakon bermula selepas menerima galakan daripada pengurusnya, rentetan latar belakang pendidikan dimiliki dalam jurusan Seni Persembahan (Teater).

   

rita suraya 123

Rita Nadira dan Rita Suraya merupakan pasangan adik beradik

7. Kakak Rita Nadira iaitu Rita Suraya juga adalah seorang model, namun telah bersara daripada bidang peragaan.

pelakon jangan menangis cinta

8. Wajahnya disamakan netizen dengan aktor Fikry Ibrahim ketika pasangan ini digandingkan dalam drama rantaian, Kerana Dia Suka.

kerana dia suka 419  

Kredit foto: Instagram Rita Nadira , Instagram Drama Sangat

9. Kerana Dia Suka adalah kolaborasi kedua antara Rita dan Fikry selepas sama-sama membintangi drama berepisod Ayahanda di slot Lestary TV3 pada tahun lalu. Fikry mengakui mempunyai pertalian yang rapat dengan Rita sebagai rakan artis kerana adanya keserasian dan juga 'sekepala'.

kerana dia suka drama 152

10. Jika diberikan peluang memilih gandingan hero muda, Rita mengimpikan peluang kerjasama dengan Ben Amir dan Meerqeen (Hero Remaja). Ben Amir disifatkannya mempunyai personaliti yang berbeza berbanding pelakon lelaki lain, manakala Merqeen membawa aura tersendiri walaupun masih berada di usia muda.

        

Baca: Lagi 10 Fakta Pelakon Rita Nadira Yang Ramai Tak Tahu!

       

Untuk biodata asas Rita Nadira, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Rita Nadira

Baca: Biodata Model Rita Suraya, Kakak Pelakon Rita Nadira

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Rita Rudaini

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerana Dia Suka (Slot Lestary TV3)

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] JANGAN MENANGIS CINTA EPISOD 1 - sebuah karya Siti Rosmizah

Sumber:

1. Sayang. Tapi…” Rita Nadira Kongsi Cabaran Dunia Lakonan Dan Peragaan

2. Rita Nadira Tidak Merindui Waiting Game Dunia Modelling

3. Peragawati cabar diri bawa watak utama

4. Jadi jahat, laluan populariti Rita Nadira

5. Mengaku rapat dengan Rita

6. Wajah seiras tanda jodoh, peminat mula usik Fikry Ibrahim dan Rita Nadira




Hakcipta iluminasi.com (2017)