Kredit foto: Instagram Amanda Amry

Siapa Amanda Amry? Beliau merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri, Kau Cipta Kasih yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3.

Lain-lain aktor yang menjayakan siri adaptasi novel itu termasuk Nazim Othman, Uyaina Arshad, Fify Azmi, Zalfa Zin, Azizul Ammar (Ammar Titan) dan ramai lagi.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Berumur 18 tahun (2021).

2. Lahir pada 30 November 2003.

3. Kediamannya terletak di Shah Alam, Selangor.

4. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik.

5. Bergiat sebagai seorang pelakon, model, personaliti media sosial dan pengacara majlis.

6. Pernah menjayakan siri Geng Gajet yang ditayangkan di saluran Astro Ceria dengan turut dilakonkan pelakon Bell Ngasri, El Farabi Faeez, Fatimah Noryyah, Aliff Idham, Awang Hamyzan dan Lion Chong.

7. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Zombitopia terbitan tahun 2021, termasuk filem pendek Seliseh (2015) dan Mei: Sebelum Bara Menjadi Abu (2018).

8. Terkini beliau bakal muncul dalam drama berepisod, Kau Cipta Kasih di slot Samarinda TV3, sebuah karya daripada novel tulisan Azilah Wahab yang turut dibintangi Nazim Othman, Uyaina Arshad, Fify Azmi, Zalfa Zin, Azizul Ammar (Ammar Titan), Dilla Ahmad dan Faizal Abdul Aziz.

9. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @amandaamry dengan mengumpul lebih 46,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Pernah tular pada tahun 2019 selepas video gurauannya bersama neneknya, Khadijah Said mendapat perhatian warganet.

2. Mempunyai pertalian hubungan yang rapat dengan neneknya.

3. Bergelar model sejak umur lima tahun, khususnya dalam iklan komersial, bermula dengan jenama pakaian kanak-kanak di United Kingdom (UK).

4. Pernah menetap di UK selama tujuh tahun kerana mengikut bapanya yang berkhidmat di sana.

5. Di usia 12 tahun, beliau membintangi video muzik lagu Sayangi Dirimu nyanyian pelakon Fazura.

6. Menyimpan impian untuk menjadi pakar psikologi kepada golongan kanak-kanak.

7. Aktif menghasilkan video di aplikasi TikTok.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kau Cipta Kasih (Slot Samarinda TV3)

Gambar

amanda amry

kau cipta kasih

amanda amry tiktok

amanda amry umur

amanda amry adik beradik

keluarga amanda amry

pelakon kau cipta kasih

amanda amry age

amanda amry birthday

Kredit foto: Instagram Amanda Amry

Video

Kredit video: HATI YANG KAU SAKITI - Rossa (Amanda Amry Cover)

Sumber:

1. Gara-gara video usik wanita 73 tahun, remaja ini curi perhatian sebab cantik! – “Nenek sporting, kelakar... siap hafal lagu Justin Bieber”

2. Instagram Amanda Amry

3. Novel Kau Cipta Kasih




Hakcipta iluminasi.com (2017)