Biodata

Nama penuh: Raja Putri Atilia binti Raja Haron

Nama pentas: Atilia Haron

Tarikh lahir: 15 September 1974

Umur: 44 tahun

Asal: Muar, Johor

Pekerjaan: Penyanyi, penulis lagu, pelakon, peragawati, penerbit eksekutif dan guru yoga.

Syarikat rakaman: Roslan Aziz Productions Sdn. Bhd dan Mujik Productions Sdn. Bhd

Media sosial: Instagram @atiliaharon

Fakta Menarik

1. Aktif dalam dunia muzik semenjak kecil atas dorongan ibunya, penyanyi versatil 1980-an, Salamiah Hassan.

2. Sewaktu berusia 12 tahun, Atilia terpilih sebagai penyanyi utama iklan komersial minuman berkarbonat Coca-Cola yang berlangsung di Liverpool, England. Beliau merupakan wakil bagi serantau Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.

3. Di usia 14 tahun, beliau berkolaborasi dengan ibunya menerusi 'Kadangkala' yang juga menjadi salah satu lagu dalam album ibunya, Menghitung Hari.

4. Mendirikan rumah tangga di usia 24 tahun pada 1998 dengan Ariff Johan Abdul Jalil sebelum berpisah pada Januari 2009.

5. Sewaktu masih bergelar suami isteri iaitu pada tahun 2007, mereka pernah menyertai pertandingan rancangan realiti terbitan Astro berjudul Sehati Berdansa (musim pertama) yang menampilkan selebriti popular menari secara berpasangan di hadapan juri dan penonton.

6. Meskipun bercerai, ikatan Atilia dan Ariff sebagai sahabat terus utuh sehingga lelaki itu menghembuskan nafas terakhir pada 7 Ogos 2013 kerana penyakit kanser hati.

7. Kemudiannya, Atilia bernikah pula dengan Adam Sofian Mazlan, seorang jurutera bunyi pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club.

8. Namun sehingga kini mereka masih belum beroleh rezeki cahaya mata.

9. Beliau telah menghasilkan tiga buah album iaitu Sangkar pada tahun 2007, Indah (2010) dan No 3 (2017).

10. Album No 3 yang menelan kos pembikinan hampir RM100,000 itu menggunakan wang yang dikumpul hasil kelas yoga kendaliannya.

11. Selain bergiat aktif dalam dunia seni, Atilia juga merupakan guru yoga yang bertugas di Yoga Want That I Want Studios, beroperasi di Petaling Jaya.

12. Beliau menyifatkan senaman yoga membantu dirinya meninggalkan aktiviti-aktiviti tidak sihat masa lalu seperti merokok.

13. Atilia merupakan sahabat baik kepada tiga selebriti popular iaitu Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, dan Yasmin Hani.

Foto Terkini

biodata atilia haron penyanyi dan guru yoga 2

biodata atilia haron penyanyi dan guru yoga 3

biodata atilia haron penyanyi dan guru yoga 4

biodata atilia haron penyanyi dan guru yoga 5

biodata atilia haron penyanyi dan guru yoga 6

Kredit:

1. Kosmo

2. BH Online [1, 2, 3, 4]

3. Wikipedia [1, 2]

4. Media Hiburan

5. Mstar

6. Instagram Atilia Haron




Hakcipta iluminasi.com (2017)